Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 40 minit
Menghasilkan: 12 - 14 popiah
Bahan-bahan
Untuk Kulit Popiah Telur: | ||
---|---|---|
200 g | tepung, diayak | |
5 biji | telur QL Omega | |
350 ml | air | |
2 sudu besar | minyak | |
Secubit garam | ||
Untuk Inti: | ||
500 g | sengkuang, dipotong panjang dan halus | |
3 sudu besar | udang kering cincang | |
Segenggam | sotong kering, dicabik | |
5 ulas | bawang putih, dicincang halus | |
1 sudu besar | minyak | |
1 sudu teh | minyak bijan | |
1 sudu besar | kicap pekat | |
1 sudu teh | kicap cair | |
400 ml | air | |
Gula, garam dan lada putih secukup rasa | ||
Ramuan Sampingan: | ||
2 ketul | tofu tegar (digoreng dan dihiris nipis) | |
1 batang | timun Jepun, diparut | |
1 batang | lobak merah, diparut | |
Kacang tanah panggang, ditumbuk kasar | ||
Bawang goreng rangup | ||
Coral lettuce | ||
Sos hoisin manis |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan kulit popiah telur, pukulkan telur QL Omega di dalam mangkuk yang besar dan tambahkan tepung dan garam secara beransuran. Gaul sebati.
- Tambahkan air dan minyak, gaul untuk menghasilkan campuran yang ringan gebu.
- Panaskan kuali non stick atas api yang rendah dan sapukan sedikit minyak pada kuali. Alihkan kuali dari api dan tuangkan sesenduk campuran (1/3 cawan) ke dalamnya. Gerakkan kuali untuk menyebarkan adunan supaya menghasilkan lapisan yang nipis.
- Masak selama 2-3 minit atas api yang rendah sehingga kulit popiah telur masak dan sisinya mula bergulung dari tepinya.
- Alihkan kulit popiah telur dari kuali ke pinggan.
- Ulangi proses ini dengan baki campuran sehingga ia habis diguna.
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, sotong kering dan udang kering hingga wangi. Tambahkan sengkuang dan tumis hingga ia melembut sedikit.
- Masukkan kicap cair, kicap pekat, minyak bijan dan gaul sebati. Kemudian, tambahkan sedikit air secara beransuran dan biarkannya masak selama 1/2 jam. Perisakan dengan gula, garam dan lada putih. Masak sehingga sengkuang lembut dan biarkannya menyejuk.
- Untuk menyediakan popiah, letakkan kulit atas permukaan yang bersih.. Sapukan sedikit sos hoisin ke atasnya dengan menggunakan sebelah belakang sudu. Letakkan lettuce, sengkuang masak, tofu, kacang, timun, lobak merah dan bawang goreng.
- Gulungkan dan potong ketul. Sajikan panas dengan sambal Nyonya.
Petua QL Chef:
- Sengkuang boleh digantikan dengan lobak putih atau pucuk rebung.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.