Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 6 - 8
Bahan-bahan
Campuran Kek: | ||
---|---|---|
60 g | mentega tanpa garam, dicairkan | |
100 ml | susu | |
1 biji | telur QL Omega | |
½ sudu teh | esen vanila | |
140 g | tepung serbaguna | |
1 sudu teh | serbuk penaik | |
85 g | gula kastor | |
Topping Sos Keju: | ||
1 biji | kuning telur QL Omega | |
20 g | gula kastor | |
1 sudu besar | tepung jagung, diayak | |
120 ml | susu | |
50 g | cream cheese | |
10 g | mentega tanpa garam | |
⅛ sudu teh | garam | |
Topping Savori: | ||
4 biji | kuning telur masin, dimasak | |
40 g | serunding ayam (chicken floss) |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan sos keju, pukulkan kuning telur QL Omega dan gula di dalam mangkuk. Bila campuran bertukar pucat dan terang, tambahkan masuk tepung jagung dan pukul sehingga campuran licin.
- Kemudian, tambahkan mentega dan susu suam ke dalam campuran sambil mengacaunya dengan berterusan.
- Di dalam periuk sos, masakkan campuran atas api sederhana sambil mengacaunya selama 4-5 minit. Setelah campuran memekat, alihkan periuk dari api. Teruskan memukul sehingga gumpalan terbentuk.
- Tambahkan creem cheese dan garam. Gaul sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk dan biarkannya menyejuk pada tahap sudu bilik.
- Untuk menyediakan campuran kek, campurarkan mentega cair dan susu di dalam mangkuk seramik. Kemudian, gaulkan masuk telur QL Omega dan esen vanila.
- Di dalam mangkuk yang lain, gabungkan bersama ramuan kering. Ayakkan campuran bersama sebelum menambahkannya kepada ramuan basah. Lipatkan sehingga sebati.
- Isikan acuan cupcake sehingga 2/3 penuh dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170˚C selama 15-20 minit. Setelah masak, biarkannya menyejuk.
- Untuk memasang kek, masukkan sos keju ke dalam beg memaip. Paipkan sos keju ke atas cupcake. Hiasi dengan setengah kuning telur masin dan serunding ayam.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.