Kek keju bukan sahaja kaya rasanya, malah mempunyai tekstur yang enak. Dari intinya yang lembut berkrim hingga dasarnya yang rangup, ianya sememangnya kegemaran ramai.
Resipi kek keju blueberi ini mempunyai sedikit rasa lemon dan penuh dengan rasa blueberi yang segar di dalamnya. Selain itu, topping crumble menambahkan tekstur rangup yang berkontrast dengan kelicinan kek keju ini.
Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 80 minit
Menghasilkan: satu kek keju bulat 6 inci
Bahan-bahan
Crumble: | ||
---|---|---|
15 g | mentega | |
15 g | gula kastor | |
25 g | tepung biasa | |
15 g | granola atau (25g emping badam + 1 sudu teh madu) | |
Dasar: | ||
40 g | mentega | |
10 g | gula kastor | |
100 g | biskut digestive, dihancur halus | |
Inti keju: | ||
250 g | krim cheese | |
90 g | gula | |
2 biji | telur QL Deli Fresh medium | |
1 sudu besar | tepung biasa | |
100 g | krim | |
1 sudu teh | jus lemon | |
¼ sudu teh | parutan kulit lemon | |
¼ sudu teh | esen vanila | |
1 paket | blueberi(125g) | |
Untuk mengayak: | ||
Gula aising |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 170°C. Jika menggunakan emping badam, lambunkan badam dengan madu dan bakar selama 6 – 10 minit.
- Untuk menyediakan crumble, gosok bersama mentega, gula kastor dan tepung. Gabungkan bersama granola atau badam madu dan sebarkan di atas tin kek yang beralas foil. Bakar selama 10 minit hingga perang keemasan. Biarkannya menyejuk, sebelum memecahkannya kepada ketulan kasar dengan garpu.
- Rendahkan suhu dalam ketuhar kepada 160°C.
- Sediakan dasar dengan mencairkan mentega. Masukkan gula dan biskut hancur. Tekankannya pada dasar tin cheesecake 6 inci dan biarkan seketika.
- Untuk menyediakan inti keju, pukulkan bersama krim keju dan gula. Tambahkan telur QL Deli Fresh, tepung, krim, jus lemon, parutan kulit lemon dan esen vanila. Pukul hingga licin.
- Dengan perlahan, tuangkan init keju ke atas dasar biskut, dan taburkan setengah blueberi ke atasnya. Taburkan crumble ke atasnya. Bakar selama 50 – 60 minit. Biarkan kek keju menyejuk, dan kemudian sejukkannya di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 4 jam. Taburkan baki blueberi ke atasnya sebelum menyaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.