Kek Lapis Sawarak

Kek yang cantik ini berasal dari Sarawak pada zaman 1980. Sejak itu, kek ini semakin popular, terutamanya di kalangan kawan-kawan di Semenanjung Malaysia. Unik dengan rasanya yang kaya dan keharumannya yang memikat, ada yang rasa tercabar dengan resepi kek lapis Sarawak ini, di mana lapisannya perlu dibentuk selapis demi selapis.

Ianya memakan sedikit masa kerana setiap lapis perlu diperang dengan bergilir. Akan tetapi, janganlah bimbang, versi ini adalah versi asas dan tidaklah terlalu susah untuk diikuti. Selain itu, anda juga boleh menambahkan warna yang berlainan kepadanya, atau ramuan lain seperti kismis, prune atau cip coklat untuk rasa yang istimewa.

Anda akan memerlukan banyak telur untuk resepi ini, jadi pastikanlah anda menggunakan telur QL Omega untuk resepi ini, di mana ia rendah kandungan kolestrolnya berbanding telur biasa dan diperkayakan dengan Omega-3. Selain dari bebas dari bahan pewarna tiruan dan diperkayakan dengan DHA, rasanya juga enak sekali!

 

Masa penyediaan: 90 minit
Masa memasak:
Sajian untuk: 9" x 9"

Bahan-bahan

460 gmentega tanpa garam
3 sudu besarsusu sejat
180 gsapuan keju (cheese spread)
1 sudu tehgaram
2 sudu besarsirap emas (golden syrup)
120 gtepung biasa, diayak
6 bijiputih telur QL Omega
26 bijikuning telur QL Omega
250 ggula kastor
1 sudu besarovalette

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan mentega, susu sejat, cheese spread, garam dan golden syrup. Lipatkan masuk tepung dan kacau hingga sebati.
  2. Pukulkan putih telur QL Omega, kuning telur QL Omega, gula kastor dan ovalette, sehingga ia memekat. Campurkan kepada campuran dari Langkah 1 dan gabungkan dengan sebati.
  3. Bahagikan campuran kepada 16.
  4. Minyakkan dan alaskan tin kek segi empat 9 inci dengan kertas parchment atau kertas kek. Tuangkan masuk 1 bahagian campuran kek dan ratakan. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 220°C dengan kehangatan atas untuk selama 3-4 minit atau sehingga perang keemasan.
  5. Keluarkan tin kek dari ketuhar, tekan dan ratakan semua bucu lapisan yang telah masak.
  6. Tuangkan masuk 1 lagi bahagin campuran kek, ratakan dan bakar lagi sehingga perang keemasan. Ulangi proses melapis dan menekan sehingga semua campuran kek digunakan.
  7. Setelah siap, alihan kek ke rak dawai untuknya menyejuk sepenuhnya.
  8. Setelah kek menyejuk sepenuhnya, buangkan kertas parchment dan potong menghiris untuk menyaji.

 

Petua QL Kitchen:

  • Janganlah bazirkan putih telur yang berlebihan! Gunakanlah untuk resepi yang lain seperti Biscotti yang enak …yum!

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author