Brownies ini kaya dengan keenakan coklat dari adunan berkoko dan ketulan coklat. Walaupun cukup sedap dimakan begitu saja, it lebih mewah lagi bila disaji dengan ais krim vanila dan sos coklat. Sememangnya menjilat jari dengan resepi brownies ini.
Brownies ini kaya dengan keenakan coklat dari adunan berkoko dan ketulan coklat. Walaupun cukup sedap dimakan begitu saja, it lebih mewah lagi bila disaji dengan ais krim vanila dan sos coklat. Sememangnya menjilat jari dengan resepi brownies ini.
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 35 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
75 g | mentega tanpa garam, dicairkan | |
---|---|---|
65 g | gula halus | |
55 g | gula perang | |
¼ sudu teh | esen vanila | |
1½ biji | telur QL Omega | |
45 g | tepung biasa | |
20 g | serbuk koko | |
⅛ sudu teh | serbuk penaik | |
¼ cawan | coklat separa manis, dicincang kasar | |
Secubit garam | ||
Segenggam kacang walnut, dicincang (terpulang) | ||
Untuk menyaji: | ||
Ais krim vanila | ||
Sos coklat |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 170C. Alaskan dulang tin dengan kertas parchment.
- Dalam mesin mixer, pukulkan mentega cair dengan gula putih dan perang.
- Tambahkan esen vanila dan telur. Pukul sehingga sebati pada kelajuan yang perlahan.
- Dalam mangkuk yang berlainan, ayakkan bersama tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam.
- Lipatkan masuk bahan kering ke dalam campuran adunan basah dan gaul sebati. Pastikan semua bahan ramuan sebati dan lipatkan masuk potongan coklat dan kacang walnut.
- Tuangkan campuran ke dalam dulang tin yang sedia. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.
- Sajikan bila masih suam dengan ais krim vanila dan sos coklat.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.