Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 3
Bahan-bahan
1 sudu besar | minyak | |
---|---|---|
2 biji | bawang merah, dihiris nipis | |
½ sudu teh | serbuk bawang putih | |
300 g | Crab Stick MUSHROOM, dicabik | |
¼ cawan | sos BBQ (homemade atau dibeli)* | |
3 sudu teh | daun kucai segar , dihiris nipis | |
3 | roti tortilla | |
½ cawan | campuran keju cheddar dan Colby | |
Sos BBQ Homemade: | ||
70 g | gula perang | |
110 ml | sos tomato | |
35 ml | cuka epal | |
35 ml | air | |
1 sudu teh | sos Worcestershire | |
1 sudu teh | mustard kering | |
½ sudu teh | serbuk paprika | |
1 sudu teh | garam | |
1 sudu teh | lada hitam | |
½ sudu teh | sos cili tabasco |
Untuk menyediakan sos BBQ homemade, campurkan kesemua bahan-bahan dan kisar sehingga tekstur menjadi halus
Langkah Penyediaan
- Panaskan sesudu minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga layu, tambahkan serbuk bawang putih dan Crab Stick MUSHROOM.
- Tumiskan selama beberapa minit kemudian alihkan dari api dan masukkan sos bbq dan daun kucai. Kacau sebati.
- Letakkan 1/3 dari campuran bbq ke tengah roti tortilla dan taburkan sedikit keju kemudian balutkan seperti popiah. Ulangi dengan 2 lagi baki roti tortilla.
- Letakkan kesemua 3 gulungan crab stick ke atas dulang pembakar dan taburkan baki keju ke atas gulungan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160°C selama 10 minit atau sehingga kesemua keju cair dan bewarna perang keemasan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.