Palak paneer adalah hidangan paneer (keju) dan bayam yang enak. Ia adalah resepi sihat yang boleh dinikmati bersama naan atau nasi.
Hidangan fusion timur dan barat ini menggabungkan palak paneer yang enak, dibalut dengan Roti Paratha FIGO, ala quesadilla.
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 25 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
4 keping | Roti Paratha FIGO (Bawang), dimasak mengikut arahan pada bungkusan |
---|---|
350 g | paneer (keju India) |
2 sudu besar | minyak |
1 sudu teh | serbuk kunyit |
½ sudu teh | serbuk cili |
1 biji | bawang merah putih (white onion), dicincang halus |
1 sudu besar | halia, dicincang halus |
3 ulas | bawang putih, dicincang |
1 | cili hijau (buangkan biji jika nak kurangkan kepedasan), dicincang |
½ sudu teh | garam masala |
2 sudu besar | serbuk ketumbar |
1 sudu teh | serbuk jintan putih |
200 g | bayam muda, direbus hingga lembut dan air ditoskan menggunakan colander |
½ cawan | yogurt biasa |
Potongan lemon atau limau |
Langkah Penyediaan
- Potongkan paneer kepada kiub dan perapkan dengan 1 sudu besar minyak, serbuk kunyit dan serbuk cili selama 10 minit.
- Tumiskan paneer di dalam kuali menggunakan api yang rendah sehingga semua sisi bertukar perang keemasan, kemudian keluarkan dan ketepikan seketika.
- Tambahkan baki minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili hijau sehingga perang keemaan. Tambahkan garam masala, ketumbar dan jintan putih (tambahkan sesudu air jika campuran terlalu kering), tumis selama 5 minit lagi sehingga wangi.
- Tambahkan bayam dan gaul hingga sebati. Tambahkan ½ cawan air dan gaul hingga bayam masak sepenuhnya. Tambahkan garam secukup rasa dan tutupkan api.
- Tambahkan yogurt kepada bayam sedikit demi sedikit untuk mengelakkannya dari bergumpal, gaul sebati dan tambahkan kepada paneer. Letakkan kuali semula ke atas api rendah dan masak selama 3 minit lagi. Tutupkan api dan biarkannya menyejuk.
- Panaskan sekeping paratha di atas kuali non-stick dan sapukan setengah campuran paneer ke atasnya dengan rata.
- Kemudian, letakkan sekeping lagi paratha ke atasnya.
- Setelah paratha di bahagian bawah telah masak dan tersedia, terbalikkan dengan cermat dan masak sebelah satu lagi untuk beberapa minit lagi supaya lebih rangup.
- Letakkan ke atas papan pemotong dan potongkan kepada bentuk segi tiga. Sajikan serta merta dengan potongan lemon.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.