Penkek Pisang Cip Coklat

Penkek adalah suatu makanan ruji sebagai hidangan sarapan pagi yang cukup enak bagi memulakan hari anda. Penkek boleh dimasak dengan pelbagai cara dengan menggunakan bermacam-macam resepi. Sama ada mengunakan tepung gandum sahaja, atau dengan cara memasukkan pisang ke dalam resepi, ianya adalah sesuatu yang mengujakan bagi memulakan hari anda.

Resipi pisang dengan coklat cip berganda ini diperkayakan dengan rasa coklat yang mewah, yang ternyata akan menjadi kesukaan seisi keluarga. Resipi ini menggunakan Telur QL Omega yang penuh nutrisi dan enak. Resipi ini boleh  dicuba bagi menyediakan 3 – 4 penkek.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 3 - 4

Bahan-bahan

200 gtepung gandum
4 sudu besarserbuk koko
2 sudu tehserbuk penaik
50 ggula
50 gmentega, dicairkan, dan sedikit untuk disapukan pada kuali.
300 mlsusu
1telur QL Omega
1 sudu tehesen vanilla
½ cawanbutang coklat separa manis
4pisang kecil, dihiris nipis
Sos Coklat Gelap:
150 mlwhipping cream
1 sudu tehmentega
1 cawanbutang coklat gelap

Langkah Penyediaan

  1. Campurkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
  2. Masukkan mentega, susu, Telur QL Omega and esen vanila, pukul sehingga sebati. Tambahkan butang coklat ke dalam adunan.
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana dan sapukan sedikit mentega ke permukaan kuali.
  4. Tuangkan ¼ cawan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga gelembung udara terhasil di permukaan penkek. Balikkan penkek dan masak selama satu minit. Ulang langkah 4 untuk semua baki adunan.
  5. Untuk membuat sos coklat, panaskan whipping cream dan mentega di dalam periuk sos, kacau dengan kerap sehingga mendidih.
  6. Padamkan api. Tambahkan butang coklat dan kacau sehingga cair dan sebati dengan krim.
  7. Untuk hidangan, susunkan penkek secara bertingkat dan letakkan hirisan pisang, kemudian tuangkan sos coklat ke atas hidangan.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author