Biskut Almond Cranberi

Tak kira muda atau tua, resepi Biskut Almond Cranberry yang penuh dengan rasa kacang almond dan cranberry potong ini semestinya digemari. Rasanya yang berbuah padan sekali dengan keharuman kekacang.

Telur adalah bahan ramuan penting bagi mana-mana resepi biskut atau kek. Lebih-lebih lagi, telur adalah makanan yang baik untuk bagi diet seimbang kanak-kanak, dan cara yang baik untuk memperkenalkannya kepada mereka adalah melalui biskut! Telur QL Omega mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding dengan telur biasa, serta diperkaya dengan Omega-3 dan DHA, dan bebas dari bahan pewarna tiruan.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 18 minit
Menghasilkan: 45 keping

Bahan-bahan

100 gmentega, dilembutkan
50 ggula aising
1 biji kuning telur QL Omega
¼ sudu tehesen vanila
160 gtepung biasa
1 sudu tehserbuk penaik
30 gbadam kisar
30 gemping badam, dipanggang sedikit dan dihancurkan
50 gcranberi kering, dipotong kecil

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan bersama mentega dan gula sehingga ringan dan licin sebati.
  2. Masukkan kuning telur QL Omega dan esen vanila, pukulkan sebentar lagi
  3. Ayakkan bersama tepung dan serbuk penaik, dan gaulkan masuk badam kisar.
  4. Lipatkan masuk campuran bahan kering, empingan badam dan cranberry ke dalam campuran mentega.
  5. Letakkan adunan di antara 2 helai plastik dan gulingkan sehingga ½ cm tebal. Potongkan kepada bentuk yang disukai dengan pemotong biskut. Ataupun, bentukkan adunan kepada bebola dan leperkan sedikit untuk menghasilkan cakera yang kecil.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170C selama 15 – 20 minit atau sehingga biskut keemasan.
  7. Biarkannya menyejuk di atas rak dawai.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author