Selamat datang ke blog QL Kitchen, di mana kami berkongsi resipi lazat yang disediakan oleh Chef di QL Kitchen. Resipi yang cepat dan mudah dibuat di rumah, dikongsikan dengan gambar langkah demi langkah. Cubalah resipi mudah kami di dapur anda sendiri. Resipi dari dapur kami ke dapur anda!
QL Kitchen dibawakan kepada anda oleh QL, salah satu syarikat makanan terkemuka di Malaysia dan rumah bagi jenama makanan QL Eggs, MUSHROOM, Suria, Ika dan Figo. Produk kami terkenal dengan kualiti segar dan berkhasiat, serta mudah disediakan di rumah. Sama ada makanan laut yang lazat, makanan tepung renyah atau telur berkolesterol rendah yang sihat, produk makanan yang kami gunakan dijamin Halal, dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya.