Wrap Roti Canai dengan Ayam

Jika anda sedang mencari respepi roti canai wrap ayam yang lazat, di sinilah tempatnya!

Ketulan ayam yang lembut, tomato yang segar, timun serta sayuran dibalut dengan roti canai/paratha yang rangup bergebu…lazat! Roti canai/paratha memang tak asing-asing lagi sebagai snek kegemaran ramai, tetapi dengan resepi roti canai wrap ayam ini, ia diberi perubahan yang baru lagi menyegarkan. Semestinya memuaskan kelaparan, dan pada masa yang sama, ianya mudah lagi bernutrisi bagi mereka yang berkejaran masa.

Untuk resepi roti canai wrap ayam ini, kami menggunakan Roti Paratha Figo yang mudah digunakan, di mana ia mudah didapatkan dari kebanyakan pasaraya-pasaraya yang terkemuka.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 6

Bahan-bahan

7 kepingRoti Paratha Figo
1 batangtimun, dihiris nipis
1 biji bawang merah, dihiris nipis
4 ketulnasi impit, dimasak dan dipotong dadu
1 biji tomato, dihiris
Daun salad
Satay ayam
Sos satay
Untuk sos satay:
500 gkacang tanah, digoreng hingga perang dan dibuang kulit. Dikisar halus
1serai
130 ggula
2 sudu besarasam jawa (dicampur dengan 1/2 cawan air)
50 mlminyak masak
Bahan kisar untuk sos:
40 gbawang merah kecil
15 gbawang putih
10 ghalia
10 glengkuas
15 kepingcili kering (direndam dalam air panas)
2 bijibuah keras
Untuk ayam perapan:
500 gdaging ayam, dipotong dadu
200 ggula
1 sudu tehgaram
Bahan kisar untuk memerapkan ayam:
4 batangserai
15 glengkuas
15 ghalia
3/4 sudu tehketumbar
3/4 sudu tehjintan manis
1 1/2 sudu tehserbuk kunyit

Langkah Penyediaan

  1. Untuk Menyediakan Sos Satay: Kisarkan semua bahan hingga licin dan tumiskan dengan minyak dan serai sehingga wangi.
  2. Tambahkan kacang tanah yang telah dikisar, diikuti dengan air asam jawa.
  3. Tambahkan gula dan biarkan mereneh sehingga sos memekat.
  4. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Untuk Menyediakan Satay Ayam: Kisarkan semua bahan hingga licin dan gaulkan sebati dengan ayam, gula dan garam.
  6. Lebih elok jika diperap semalaman.
  7. Cucukkan daging ayam dengan batang lidi dan panggangkan sehingga masak.
  8. Untuk Menyaji: Keluarkan Roti Paratha Figo dari paket dan gorengkan di kuali sehingga kedua-dua belah rangup. Biarkan di tepi.
  9. Letakkan daun salad, timun, hirisan bawang merah, nasi impit, satay ayam dan akhirnya sedikit sos satay ke atas Roti Paratha Figo.
  10. Balut dengan ketat dan ianya sedia untuk disaji.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author