Tauhu Bayam Homemade

Tauhu sememangnya salah satu bahan dan hidangan yang terkenal dari masakan Asia. Ia juga pelbagai cara penyediaannya, di mana setiap satu enak dengan keistimewaannya. Selain dari membeli tauhu terus dari kedai, anda juga boleh menghasilkan tauhu anda sendiri.

Minggu ini, kami mempersembahkan resepi tauhu bayam homemade yang licin dan ringan untuk anda. Begitu mudah disediakan dengan sedikit telur dan susu soya tanpa gula. Tambahan itu, sos yang mengiringinya mengandungi pelbagai cendawan yang menjadikan hidangan ini lebih mewah lagi sebagai hidangan pembuka sajian individu. Cubalah resepi tauhu bayam ini untuk 8-9 orang.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 8 - 10 minit
Sajian untuk: 8 - 9

Bahan-bahan

Tauhu Bayam:
5 bijitelur QL Omega (atau 3 biji telur penuh dan 3 biji putih telur)
1 sudu besartepung jagung
500 gsusu soya tanpa gula
1 cawanbayam, dimasak dengan air panas dan dibuangkan air
Sos Cendawan:
1 sudu tehbawang putih, dicincang
1 paketcendawan shimeji
1 paketcendawan enoki
½ cawancendawan tiram
2 sudu besarsos tiram
1 sudu besarkicap cair
1 sudu tehtepung jagung, dicampur dengan sedikit air
Sedikit minyak bijan
Secubit garam
Secubit lada

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan tauhu bayam, pukulkan telur QL Omega di dalam mangkuk. Tambahkan tepung jagung dan pukul hingga sebati. Gaulkan masuk susu soya.
  2. Tapiskan campuran tersebut melalui penapis yang halus sebanyak 2 kali.
  3. Letakkan bayam di bawah gelas atau ramekins. Tuangkan masuk campuran telur.
  4. Kukuskan atas api sederhana selama 8 – 10 minit. Jangan terlalu masak untuk menggelakkan tauhu dari menggumpal.
  5. Untuk menyediakan sos cendawan, tumiskan bawang putih hingga wangi dan tambahkan masuk 3 jenis cendawan.
  6. Dalam mangkuk yang kecil, gabungkan sos tiram, kicap cair dan minyak bijan.
  7. Masakkan cendawan sehingga lembut dan tambahkan campuran sos. Tambahkan lada dan garam secukup rasa.
  8. Gaulkan masuk campuran tepung jagung.
  9. Setelah sos memekat, tuangkan sos ke atas tauhu. Sajikan panas.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author