Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Hidangan yang tak asing-asing lagi bagi kami semua, sesuai dijamu bila-bila saja, di mana jua. Resepi nasi lemak klasik ini semestinya akan menambat hati anda!

Tanyalah mana-mana rakyat Malaysia mengenai hidangan kebangsaan, tak syak lagi ia semestinya Nasi Lemak. Ia adalah hidangan yang kita paling rindui selepas lama di luar Negara. Hidangan ini mudah tapi lazat, murah tapi memuaskan.

Resepi nasi lemak kami untuk bakul perkelahan memaparkan ramuan asas yang mudah didapati, termasuklah telur QL Omega yang mengandungi segala nutrisi dari telur tetapi hanya separuh kandungan kolestrolnya berbanding telur biasa. Tak kira jika anda membalut Nasi Lemak anda dengan daun pisang atau terus ke dalam bekas bekalan, ia akan memberi anda kepuasan yang tak terhingga.

 

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 35 - 40 minit
Sajian untuk: 4 - 6

Bahan-bahan

Untuk nasi:
2 cawanberas, dibasuh dan dikeringkan
2 cawanair
80 mlsantan pekat
2 incihalia, dihancur ringan
2 - 3 helaidaun pandan, diikat simpul
½ sudu tehgaram
Untuk sambal ikan bilis :
15 - 20 batangcili kering, potong setiap cili kepada 3 bahagian dan rendam dalam air panas
10 bijibawang merah kecil
2 ulasbawang putih
2 x 2 cm belacan
½ cawanair
2 sudu besarminyak
1 bijibawang merah bersaiz sederhana, dihiris cincin
3 sudu besarikan bilis goreng
2 sudu besarair asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Ramuan sampingan:
1 batangtimun kecil, dibelah tengah dan dihiris setebal 0.5cm
4 sudu besarkacang tanah (dipanggang dalam kuali dengan 1 sudu teh minyak masak sehingga rangup dan harum)
3 - 4 sudu besarikan bilis goreng
2 - 3 bijitelur QL Omega rebus, dimasak sepenuhnya

Langkah Penyediaan

  1. Masukkan beras, halia, daun pandan, air, santan dan garam ke dalam periuk nasi, gaul seketika. Masakkan nasi seperti biasa, dan gebukan dengan garpu atau senduk setelah nasi masak. Kekalkan panas sehingga sedia untuk disaji. Anda juga boleh merebus nasi dalam periuk.
  2. Buangkan air rendaman cili kering, kisarkan dengan bawang merah kecil, bawang putih, belacan dan ½ cawan air sehingga halus. Biarkan seketika.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan pes sambal kisar selama 5 – 10 minit. Tambahkan hirisan bawang dan tumis selama 2 – 3 minit lagi. Tambahkan air asam jawa dan sedikit air (sehingga mendapat kepekatan yang diingini), diikuti dengan ikan bilis, gaul serata. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan tutupkan api. Sambal ini biasanya sedikit manis.
  4. Belah telur QL Omega rebus separuh.
  5. Gunakan mangkuk yang kecil untuk membentuk nasi. Letakkan nasi ke atas sehelai daun pisang yang mengalas surat khabar atau kertas lilin.
  6. Sudukan sedikit sambal ikan bilis ke atas nasi, tambahkan beberapa hiris timun, ½ telur QL Omega rebus, sedikit ikan bilis goreng dan kacang di tepi. Balutkan bungkusan nasi lemak.
  7. Untuk sajian yang mudah, bungkuskan nasi lemak di dalm bekas bekalan, atau di atas piring yang dialas dengan sehelai daun pisang jika dijamu di rumah.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author