Suasana Hari Raya takkan lengkap tanpa lawatan ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan, ditemani dengan makanan yang enak. Sepanjang bulan Syawal ini, kawan-kawan dan saudara akan berkunjung, di mana kuih-muih, ketupat, lemang dan rendang disediakan untuk menjamu selera.
Selain daripada hidangan Raya yang biasa, Soto juga adalah hidangan popular yang dihidangkan semasa rumah terbuka Raya. Soto adalah sup tradisional dari Indonesia, yang mengandungi air rebusan, daging dan sayuran, dimasak dengan rempah-ratus dan dihidangkan dengan nasi himpit, ketupat, bihun, begedil atau bebola daging.
Terdapat beberapa jenis resepi Soto. Versi kami mengandungi air rebusan ayam yang ringan, dimasak dengan rempah-ratus yang memberikan anda aroma yang menyelerakan. Tambahan lagi, anda boleh menggunakan Bebola Daging QL FIGO, yang dimasak terlebih dahulu dan dibekukan dengan menggunakan teknologi terkini IQF (Individually Quick Frozen), untuk memelihara nutrisi dan rasa bebola.
Lengkapkan hidangan ini dengan nasi himpit atau bihun. Tak kira parti rumah terbuka Raya, ataupun bila-bila saja, hidangan ini tentunya mempersona.
Bahan-bahan
2 | Tulang 2 ekor ayam (dipotong ketul) + 500 g dada ayam (buangkan kulit) | |
---|---|---|
1 paket | Bebola Daging Lembu QL FIGO (500g) | |
1 sudu besar | lada putih, ditumbuk | |
2 l | air | |
2 kiub | perasa ayam | |
3 batang | serai, dipukul ringan | |
Garam secukup rasa | ||
Minyak masak untuk menumis dan menggoreng | ||
100 g | kacang tanah, dipanggang atau digoreng | |
1 mangkuk | taugeh, dibasuh | |
50 g | soo hoon atau tang hoon, digoreng dengan minyak dan dikeringkan | |
Bawang goreng | ||
3 batang | daun ketumbar, dipotong | |
2 batang | daun bawang, dipotong | |
Nasi himpit, dimasak mengikut arahan atas paket dan dipotong kiub | ||
Untuk dikisar (A): | ||
10 ulas | bawang putih | |
10 biji | bawang merah | |
2 inci | halia, dihiris | |
1 inci | kunyit (atau 1 sudu teh serbuk kunyit) | |
10 biji | buah keras | |
1 sudu teh | serbuk ketumbar | |
1 sudu teh | serbuk jintan putih | |
1 sudu teh | serbuk jintan manis | |
Rempah untuk ditumis (B): | ||
3 cm | kulit kayu manis | |
2 biji | bunga lawang | |
3 biji | bunga cengkih | |
2 biji | pelaga | |
Sambal kicap: | ||
10 – 15 batang | cili padi | |
3 ulas | bawang putih | |
4 – 5 sudu besar | kicap manis | |
Jus dari 2 biji limau | ||
2 – 3 sudu besar | air rebusan soto |
Langkah Penyediaan
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam periuk yang besar dan tumis ramuan (A) hingga wangi.
- Tambahkan rempah (B) dan tumis untuk seminit lagi. Masukkan air, tulang ayam, dada ayam dan kiub perasa. Biarkan untuk didih.
- Masukkan lada putih yang ditumbuk, serai dan garam (secukup rasa), teruskan mereneh atas api rendah selama 15-20 minit lagi sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Keluarkan dada ayam dan biarkan kering. Masukkan Bebola Daging QL FIGO (tidak perlu dinyahbeku). Biarkan mereneh atas api rendah.
- Gorengkan ayam dengan minyak masak sehingga perang keemasan. Keluarkan dan keringkan minyak. Bila ayam dah sejuk, cabikkan halus-halus.
- Untuk menyediakan sambal kicap, tumbuk cili padi dengan bawang putih hingga menjadi pes yang kasar (tidak perlu terlampau halus). Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis, air rebusan soto dan jus limau.
- Susunkan kiub nasi himpit di atas piring yang dalam, dan hiaskan dengan ayam, taugeh, soo hoon/tang hoon goreng, kacang tanah dan tuangkan ke atasnya sup yang panas bersama Bebola Daging QL FIGO.
- Taburkan potongan daun ketumbar, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan serta merta dengan sambal kicap.
Petua QL Kitchen:
- Anda juga boleh hidangkan Soto dengan bihun rebus untuk menggantikan nasi himpit.
- Jikalau anda suka sup yang kaya rasanya, anda boleh tambahkan 100 – 150ml santan pekat.
- Jika anda inginkan sup anda mempunyai aroma yang lebih wangi, tambahkan lagi sesudu teh bagi serbuk ketumbar, jintan putih dan jintan manis.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.