Steamboat adalah hidangan yang sesuai untuk mana-mana jamuan perayaan CNY. Anda hanya perlu menyediakan seperiuk besar sup steamboat dan tambahkan apa-apa saja ramuan yang anda suka. Anda boleh memilih bebola ikan, cendawan, sayur-sayuran, ikan, daging, hirisan ayam dan makanan laut…pilihannya memang tak terbatas. Ahli keluarga anda tentu seronok berhimpun di meja makan dan menyenduk ramuan kegemaran mereka dari periuk hotpot, dan menikmatinya dengan sos dan bahan sampingan yang lain.
Jenama QL MUSHROOM dan Figo mempunyai pilihan produk yang sempurna bagi menyediakan resepi steamboat yang enak lagi berkhasiat. Dari bebola ikan tradisonal ke bebola udang karang, tofu makanan laut, malah bebola ikan ladu dan bebola ikan keladi, QL Foods menghasilkan pelbagai produk makanan laut yang lazat dan berkhasiat dan semestinya memberi anda pengalaman steamboat yang menyeronokkan lagi senang penyediaannya.
Resepi steamboat pertama kami (ayam berherba), dimasak dengan api yang rendah untuk beberapa jam, dan menggunakan ayam kampung dan herba ubatan Cina. Hasilnya adalah sup yang lazat dan beraroma harum dari herba.
Bahan-bahan
30 g | herba Yuk Chok / Yu Zhu (玉竹) | |
---|---|---|
3 batang | herba Dang Shen / akar Codonopsis / Radix Codonopsis (党参), dipotong sepanjang 3cm | |
2 sudu besar | beri wolfberries / beri Goji (枸杞) | |
40 g | herba Huai Shan (淮山) | |
12 - 15 biji | buah kurma merah (dibuang bijinya) | |
40 g | isi longan kering (元肉/龙眼干) | |
5 l | air | |
1 ekor | ayam kampung bersaiz medium (lebih kurang 1.2 – 1.5kg), dipotong ke 6 – 8 ketul, dibuang kulit | |
Garam secukup rasa | ||
Ramuan steamboat: | ||
2 paket | Pilihan Steamboat 6-in-1 MUSHROOM | |
200 g | filet ikan sepan atau garupa, dihiris 1cm tebal | |
300 g | udang bersaiz sederhana, dibuang kepala dan dibersih | |
200 g | filet ayam, dihiris 0.5cm tebal | |
300 g | sayuran pilihan anda, seperti kubis Cina, daun salad, bok choy atau bayam | |
1 tin | cendawan butang, dibelah tengah | |
300 g | cendawan segar pilihan anda, seperti Shiitake, Shimeji, Enoki atau tiram | |
4 biji | telur QL Deli Fresh or QL Omega | |
Mi pilihan anda |
Langkah Penyediaan
- Didihkan air di dalam periuk yang besar. Tambahkan ketulan ayam dan herba. Renehkan atas api yang rendah selama 1.5 – 2 jam.
- Tambahkan garam secukup rasa.
- Untuk menyaji, tuangkan sup ke periuk steamboat dan didhkan. Tambahkan ramuan steamboat dan biarkannya mendidih lagi.
- Bila masak, sendukkan ramuan dengan senduk berlubang. Nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
- Tambahkan mi dan pecahkan masuk telur untuk terus masak di dalam sup yang mendidih.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.