Moist dengan aroma rempah bersama oren, resepi carrot cake ini sememangnya menawan!
Resepi yang berikut di dalam bakul perkelahan kami adalah carrot cake yang moist lagi enak, dengan aroma kayu manis dan buah pala, kerangupan walnut cincang dan diakhiri dengan cream cheese frosting oren yang segar bersitrus.
Ini adalah cara yang baik untuk menggalakkan anak-anak anda untuk memakan sayuran kerana kek ini diperbuat dengan parutan lobak merah yang amat banyak, yang juga kaya dengan serat.
Lebih-lebih lagi, resepi carrot cake ini menggunakan telur QL Omega kami yang berkualiti, dihasilkan dalam ternakan yang terkawal ketat dan mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding telur biasa.
Bahan-bahan
Untuk kek: | ||
---|---|---|
(A) Ayakkan bersama: | ||
180 g | tepung naik sendiri | |
½ sudu teh | serbuk penaik | |
½ sudu teh | serbuk kayu manis | |
½ sudu teh | buah pala | |
Ramuan kek lain | ||
150 ml | minyak sayuran yang berperisa ringan (seperti canola, biji bunga matahari, jagung atau kacang soy) | |
150 g | gula perang lembut | |
2 biji g | telur QL Omega | |
80 g | Secubit garam | |
300 g | parutan lobak merah (berat selepas diparut) | |
80 g | kacang walnut (dicincang kasar) | |
Untuk cream cheese frosting oren: | ||
100 g | cream cheese | |
150 g | gula icing | |
¼ cawan | jus perahan oren segar | |
2 sudu teh | parutan kulit oren (zest) |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 170 C. Alaskan tin kek bersegi empat 7 inci dengan kertas parchment atau kertas kalis minyak.
- Ayakkan bersama semua ramuan dari (A).
- Pukulkan bersama minyak sayuran, gula perang lembut, telur QL omega dan secubit garam dengan pemukul elektrik selama 4 hingga 5 minit dan ianya sebati.
- Lipatkan masuk campuran tepung (A) dengan sudu spatula getah atau sudu besi besar sehingga sebati.
- Campurkan lobak merah, gaul sebati, diikuti dengan kacang walnut cincang sehingga semuanya sebati.
- Tuangkan campuran yang siap ke dalam tin kek dan bakar selama 180 C untuk selama 35 – 40 minit, sehingga batang lidi keluar bersih bila dicucuk.
- Keluarkan dari ketuhar dan biarkannya menyejuk di atas rak dawai selama 10 minit.
- Keluarkan kek dari tin dan kupaskan kertas parchment/kalis minyak. (Anda juga boleh terbalikkan kek anda untuk langkah ini)
- Untuk menyediakan cream cheese frosting oren, pukulkan cream cheese, gula icing dan jus oren sehingga sebati. Gaulkan masuk parutan kulit oren sehingga sebati.
- Sapukan frosting ke atas kek, potong dan ianya sedia untuk disaji. Kek ini paling enak dijamu pada tahap suhu bilik.
Petua QL Kitchen:
- Masa memasak berbeza di antara 35-40 minit bergantung kepada ketuhar anda
- Jika anda gemari carrot cake yang lebih manis, anda boleh menambahkan gula dari 180 kepada 200g.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.