Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 8
Bahan-bahan
90 g | tepung naik sendiri, diayak | |
---|---|---|
75 g | tepung gandum, diayak | |
112 g | mentega tanpa garam | |
1 cawan | gula kastor | |
2 biji | telur QL Omega | |
½ cawan | susu | |
½ sudu teh | esen vanila | |
½ | zes limau | |
½ sudu besar | biji popi | |
Hiasan: | ||
Fondant putih | ||
Buttercream dalam pelbagai warna | ||
Gold dust yang boleh dimakan | ||
Pen penanda hitam yang boleh dimakan |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 170°C.
- Pukulkan mentega, gula, zes limau sehingga gebu.
- Tambahkan telur QL Omega satu demi satu dan esen vanila, dan gaul sebati.
- Tambahkan bahan kering dan susu. Gaul sebati.
- Sudukan adunan dan isikan cawan cupcake sehingga ¾ penuh. Bakar selama 20 minit atau sehingga dimasak. Ketepikan untuk sejuk.
- Hiaskan dengan fondant dan buttercream. Untuk tanduk (tolak sebatang pengcungkil gigi separuh dalam tanduk). Taburkan gold dust pada tanduk dan dalam telinga dan ketepikan untuknya kering.
- Tutup cupcake dengan potongan bulatan fondant. Letakkan tanduk di atas cupcake. Paipkan bintang buttercream disekeliling tanduk. Kemudian letakkan telinga. Lukiskan mata dengan pen penanda hitam.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.