Gulungkanlah daging untuk menghasilkan Gegulung Christmas MUSHROOM dengan Mentega Rosemary yang enak ini. Dalam resepi ini, Tofu Ikan Keju MUSHROOM dibalut dengan dada ayam dan kepingan ayam belanda yang lazat bagi kenikmatan setiap suap.
Cubalah resepi untuk 2 orang ini, sesuai bagi temu janji dengan teman anda Christmas ini.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 2
Bahan-bahan
8 ketul | Tofu Ikan Keju MUSHROOM |
---|---|
2 ketul | daging dada ayam |
6 keping | kepingan ayam belanda (turkey roll) |
5 sudu besar | mentega |
2 sudu besar | minyak zaitun |
8 biji | brussels sprouts, dibelah tengah |
40 g | lobak merah baby |
30 biji g | tomato ceri, dibelah tengah |
2 tangkal | rosemary segar |
2 ketul | lemon wedges |
2-3 batang | pencungkil gigi |
Garam secukup rasa | |
Lada hitam secukup rasa |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 220°C.
- Letakkan daging dada ayam di antara 2 helai plastic wrap heavy-duty, leperkan kepada ketebalan ¼ inci dengan menggunakan sisi leper pemukul daging atau pin guling. Perisakan dengan lada hitam dan garam.
- Letakkan kepingan ayam belanda dan Tofu Ikan Cheese MUSHROOM di tengah daging dan gulungkannya. Ketatkan gulungan ayam dengan plastic wrap dan kemaskan sisi daging gulungan. Buangkan plastic dan kekalkan bentuk gulungan dengan pencungkil gigi.
- Cairkan 3 sudu besar mentega dengan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali atas api sederhana. Masukkan gulungan ayam dan perangkan semua sisinya. Masukkan kuali di dalam ketuhar dan masak pada 220°C selama 15 minit.
- Di dalam kuali yang lain, tambahkan 1 sudu besar minyak zaitun dan gorengkan brussels sprout, lobak merah baby dan tomato ceri, kemudian ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, cairkan baki 2 sudu besar mentega ke dalam kuali tadi, tambahkan rosemary segar dan perisakan dengan lada hitam.
- Potongkan gegulung ayam kepada 5-6 ketul. Susunkan ayam dan sayur-sayuran ke atas pinggan. Sudukan sedikit sos mentega rosemary ke atas ayam dan sajikan serta merta dengan seketul lemon.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.