Almond London

Kebelakangan ini, biskut yang lazat ini semakin popular sebagai kegemaran musim perayaan ini. Resepi London Almond Lazat dari QL Kitchen ini memaparkan seluruh biji badam yang dibalut dengan biskut dan diselaputi dengan lapisan coklat yang kaya. Taburkan serpihan badam panggang di atasnya untuk menambahkan kerangupan kepada klasik perayaan ini.

Pastikan anda menggunakan telur QL Omega untuk resepi London Almond anda. Ianya diperkaya dengan Omega-3 dan DHA, bebas dari bahan perwarna tiruan dan rasanya…enak sekali!

Jangan terperanjat bila biskut ini menghilang dalam sekelip mata!

 

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 100 ketul biskut

Bahan-bahan

100 bijibadam (penuh)
1 kgcip covertoures coklat
70 gserpihan badam
Untuk biskut:
125 gmentega
35 ggula icing
1/2 bijitelur QL Omega
190 gtepung
35 gbadam kisar

Langkah Penyediaan

  1. Panggangkan biji badam (penuh) di dalam ketuhar selama 10 minit pada 160C.
  2. Kemudian, krimkan mentega dengan gula icing. Setelah ia berkrim, tambahkan telur QL Omega.
  3. Lipatkan masuk tepung dan badam kisar.
  4. Ambilkan 8 g adunan dan balutkan sebiji badam dengannya. Ulangi langkah ini untuk baki adunan dan badam.
  5. Bakar di dalam ketuhar pada 160⁰C selama 18 minit. Setelah masak, biarkannya menyejuk.
  6. Cairkan cip covertoures coklat di dalam ketuhar microwave selama 1-2 minit. Selaputi biskut badam dengan coklat cair dan pindahkan ke dalam cawan kertas.
  7. Sudukan lebih lagi coklat ke atas biskut dan taburkan sedikit serpihan badam panggang ke atasnya.
  8. Biarkannya mengeras di dalam peti sejuk atau bilik berhawa dingin.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author