Jika anda sedang mencari resepi kuih nyonya yang lazat, tentunya tak boleh lari dari Seri Muka yang mudah, lazat lagi anggun ini. Lapisan atasnya berperisa pandan yang kaya, sempurna bila dipadankan dengan pulut yang lembut dan wangi, menjadikannya manisan yang sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja. Cubalah resepi Kuih Seri Muka ini dan kagumkan keluarga dan kawan-kawan anda!
Untuk resepi ini, kami telah menggunakan telur QL Omega. Ayam ternakan QL diberi makanan ternakan yang rendah lemak dan penuh dengan serat, menghasilkan telur-telur yang mengandungi kolestrol 50% lebih redndah berbanding telur biasa. Lebih-lebih lagi, rasanya sedap untuk dinikmati semua. Dapatkanlahnya dari pasaraya-pasaraya terkemuka berdekatan anda hari ini.
Bahan-bahan
Untuk Lapisan Bawah: | ||
---|---|---|
300 g | beras pulut | |
75 ml | santan pekat | |
1 sudu teh | garam | |
5 helai | daun pandan, diikat simpul | |
1 helai | daun pisang | |
Untuk Pewarna Biru: | ||
3 sudu besar | air panas | |
6 kuntum | bunga telang | |
Untuk Lapisan Atas: | ||
260 ml | jus perahan pandan segar (dari lebih kurang 30 helai daun pandan) | |
7 sudu besar | tepung ubi kayu, diayak | |
5 sudu besar | tepung biasa, diayak | |
220 ml | santan pekat | |
3 biji | telur QL Omega | |
200 g | gula | |
Secubit garam |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan lapisan bawah, basuhkan beras pulut dan rendamkan dalam air untuk sekurang-kurangnya 4 jam.
- Gabungkan santan dan garam. Kacau sebati dan biarkan.
- Didihkan air di dalam perebus (steamer) dan rebuskan beras pulut atas api yang tinggi untuk 20 minit pertama, kemudian tambahkan campuran santan dengan perlahan dan kacau sebati. Rebus atas api yang tinggi untuk 10 minit lagi sehingga masak. Keluarkan dan gebukan nasi pulut.
- Alihkan ke dalam dalam acuan bulat 8” dan gunakan daun pisang untuk meratakan permukaan nasi serta memampatkannya.
- Sediakan pewarna biru dengan menambah 3 sudu besar air mendidih kepada bunga telang, Tunggu seketika lebih kurang seminit. Kemudian hancurkan bunga telang dengan tangan dan biarkan warna larut ke dalam air.
- Sudukan air pewarna biru secara rawak ke atas nasi. Rebus selama 10 minit lagi.
- Gabungkan jus pandan dengan tepung. Kacaukan dengan sebati telur QL Omega dengan santan dan gula sebelum dituang kepada campuran tepung. Kacau hingga sebati. Ayakkan campuran ke dalam periuk.
- Kacaukan campuran bila dipanaskan atas api yang rendah sehingga ia memekat. Kemudian, tuangkan ke atas nasi pulut. Rebuskan atas api yang panas selama 30 minit lagi hingga masak. Biarkannya menyejuk, sebelum memotong untuk disaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.