Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 6 - 8
Bahan-bahan
Pastri: | ||
---|---|---|
170 g | tepung biasa | |
35 g | gula aising | |
⅛ sudu teh | garam | |
90 g | mentega, dipotong kiub | |
2 biji | kuning telur QL Omega | |
Inti Keju Durian: | ||
130 g | cream cheese | |
50 g | keju mascarpone | |
50 g | isi durian (D24/ musang king) | |
40 g | mentega dengan garam | |
70 g | krim | |
20 g | susu | |
30 g | gula | |
1 biji | biji QL Omega | |
10 g | tepung jagung | |
1 sudu besar | jus lemon | |
Secubit garam | ||
Egg Wash: | ||
1 sudu teh | susu | |
1 biji | kuning telur QL Omega |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan pastri, gabungkan tepung, gula aising, dan garam di dalam mangkuk.
- Tambahkan mentega sejuk dan gosokkan dengan jari sehingga serpihan seperti breadcrumbs terbentuk.
- Tambahkan kuning telur QL Omega dan adunkan sehingga adunan terbentuk. Balutkan adunan dengan clingwrap dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
- Ambilkan sedikit adunan dan tekankan ke atas acuan tart. Tebukkan lubang pada dasar pastry dengan garpu. Ulangi sehingga semua adunan digunakan.
- Bakar pada 160°C selama 10 minit.
- Untuk menyediakan inti, cairkan cream cheese, keju mascarpone, mentega, krim, susu dan gula dengan cara double boiler.
- Pukulkan sehingga campuran licin sebati.
- Tambahkan masuk telur QL Omega, tepung jagung, jus lemon dan garam.
- Masukkan campuran ke dalam beg paip dan paipkan campuran cheese ke dalam cawan tart. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Beruskan permukaan tart cheese dengan campuran egg wash.
- Bakar pada 220°C, dengan setting ketuhar pada memanggang dari atas selama 6 – 8 minit.
Petua QL Chef:
- Inti keju durian boleh disediakan terlebih dahulu. Masukkan inti keju durian kedalam bekas ketat and simpan di dalam peti sejuk.
- Tart ini boleh disaji panas atau sejuk. Untuk sajian panans, panaskan tart dengan menutup atasnya dengan foil aluminium di dalam ketuhar selama 10 minit jika tatrt disimpan di dalam peti sujuk sebelumnya.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.