Mahu resepi sup ayam ayam yang enak dan menyenangkan hati?
Sup memanglah tak asing lagi bagi kita yang membesar di Malaysia ini. Ia sesuai dengan semua situasi, tak kira sebagai sarapan, makan tengahari ataupun malam. Tak lupa juga untuk teh petang dan sebagai snek lewat malam. Anda takkan salah dengan semangkuk sup ayam yang panas pada malam yang sejuk. Lebih sedap lagi jika disediakan dengan mee kegemaran anda.
Antara resepi mee sup di kalangan rakyat Malaysia, yang popular sekali semestinya sup kuey teow ayam. Gunakan sup ayam dan hidangkan dengan kuey teow, ditambah dengan hirisan ayam, bebola ikan, kek ikan dan taugeh. Tak cukup lagi? Taburkan dengan potongan daun bawang dan rintikkan sedikit minyak bawang goreng. Jikalau anda lebih gemar, anda juga boleh gantikan dengan bihun atau mee kuning.
Cara yang mudah adalah untuk menjamu selera di restoran, gerai warung atau kedai kopi, tetapi ianya lebih memuaskan jikalau mencuba resepi sup ayam ini di rumah sendiri. Dengan ini, anda boleh pilih mana-mana dan sebanyak ramuan yang anda suka. MUSHROOM mempunyai pelbagai produk yang sesuai untuk mee sup anda. Bebola Ikan Putih Beku MUSHROOM dan Kek Ikan MUSHROOM lazat lagi kenyal dikunyah, dan penuh dengan khasiat protein ikan. Sekarang, anda boleh memasak resepi sup kuey teow away atau resepi mee sup ini bila-bila saja yang anda suka.
Bahan-bahan
2 l | air | |
---|---|---|
2 | Tulang 2 ekor ayam, dipotong ketulan kecil dan disapu dengan 1 sudu teh garam | |
6 | ulas bawang putih, dibuang kulit dan dipecahkan | |
2 | ketul kiub stok ayam (terpulang) | |
500 g | daging dada ayam, dibuang kulit dan disapu dengan ½ sudu teh garam | |
Garam dan lada secukup rasa | ||
1/2 | paket Bebola Ikan Putih Beku MUSHROOM | |
2-3 | ketul Kek Ikan MUSHROOM, dihiris | |
100 g | taugeh, dicuci dan dibersihkan, dimasak dengan air panas | |
500 g | kuey teow basah, tahap suhu bilik | |
100 g | udang | |
Bahan pengiring | ||
2 | batang daun bawang, dipotong atau dihiris | |
6 – 8 | ulas bawang putih, dicincang halus dan digoreng | |
3 – 4 | cili padi, dipotong | |
Sos kicap cair |
Langkah Penyediaan
- Didihkan air dengan tulang ayam, daging dada ayam, bawang putih dan kuib stok ayam (jikalau diguna). Kecilkan api dan biarkan mereneh selama 15 – 20 minit atas api rendah.
- Keluarkan daging dada ayam dari sup dan biarkan sejuk, kupas menjadi hirisan.
- Teruskan mereneh sup atas api rendah selama 1 – 1.5 jam, kemudian keluarkan tulang ayam. Buangkan lapisan lemak di permukaan sup dengan penapis minyak jika perlu. Tambahkan garam dan lada secukup rasa.
- Tambahkan Bebola Ikan Putih Beku MUSHROOM dan biarkan mereneh selama 15 – 20 minit lagi atas api rendah. Tambahkan udang dan biarkan didih sehingga udang masak. Keluarkan udang, biarkan sejuk dan buangkan kepala dan kulit udang.
- Masukkan secukup kuey teow ke dalam mangkuk, dan tambahkan hirisan ayam, hirisan Kek Ikan MUSHROOM, taugeh dan udang ke atasnya.
- Tuangkan sup yang mendidih dengan bebola ikan atas kuey teow, taburkan dengan daun bawang dan sedikit minyak bawang.
- Hidangkan serta merta dengan potongan cili dan kicap cair.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.