Sama ada anda sedang merancang sarapan anak-anak anda, atau mencari cara yang lazat untuk memulakan pagi anda, sticky bun labu dan pecan ini sedang menunggu anda!
Selain rupanya yang menarik, sticky bun labu dan pecan ini gebu, lembut dan begitu moist sekali. Penuh dengan rasa labu yang lazat, berinti gula dan kacang pecan dan diakhiri dengan sirap karamel, sticky bun ini sempurna bagi sarapan yang memuaskan! Mulailah hari dan daya metabolisme anda dengan resepi sarapan yang enak lagi bernutrisi ini.
Tingkatkan kandungan nutrisi Sticky Bun Labu dan Pecan ini dengan menggunakan telur QL Deli Fresh, yang bebas dari bahan pewarna tiruan dan mengandungi kolesterol 40% peratus lebih rendah berbanding telur biasa. Telur QL Deli Fresh asli, bernutrisi lagi segar.
Bahan-bahan
Untuk adunan: | ||
---|---|---|
120 ml | susu segar, dipanaskan ke 40 darjah C | |
8 g | yis kering | |
320 g | tepung biasa | |
1 sudu teh | garam | |
34 g | gula | |
2 biji | telur QL Deli Fresh | |
140 g | labu, dipotong kiub dan dikisar (puree) | |
28 g | mentega, dicairkan | |
Untuk inti: | ||
70 g | gula perang | |
35 g | kacang pecan, dipotong kasar | |
1/2 sudu teh | serbuk kayu manis | |
30 g | mentega dengan garam, dicairkan | |
Untuk sirap: | ||
57 g | mentega tanpa garam | |
53 g | gula perang | |
50 g | gula pasir | |
30 ml | whipping cream |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan adunan, pukulkan bersama susu suam dengan yis. Biarkan selama 5 minit.
- Dalam mangkuk, gabungkan gula, tepung, garam, telur QL Deli Fresh, puree labu dan mentega cair. Gaul sehingga sebati. Tambahkan campuran yis dan gaul selama 5 minit sehingga licin dan sedikit kenyal. Campurannya sepatutnya lembut dan melekit. Tutupkan dengan helaian plastic dan biarkannya di tempat yang suam untuknya naik sehingga dua kali ganda, lebih kurang 45 minit.
- Tumbukkan di tengah adunan dengan ringan dan biarkannya rehat untuk beberapa minit. Di atas permukaan yang telah ditepung, gulungkan adunan ke segi empat 16 x 19 inci. Tepungkan tangan dan pin gulung anda bila perlu.
- Untuk menyediakan inti, campurkan gula perang, kacan pecan potong, dan serbuk kayu manis di dalam mangkuk. Beruskan permukaan adunan dengan mentega cair dan taburkan dengan campuran pecan.
- Dari sisi yang lebih panjang, gulungkan adunan dengan ketat. Potongkan gegulung adunan kepada 12 ketul dan letakkan di dalam tin muffin. Tutupkannya dengan tuala dan biarkannya naik sehingga dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
- Panaskan ketuhar kepada 170 darjah C. Bakarkan bun sehingga keemasan, lebih kurang 25-30 minit.
- Untuk menyediakan sirap, gaulkan bersama mentega, gula perang, gula pasir dan krim di dalam periuk sos di atas api sederhana. Gaul dengan kerap sehingga ia mendidih. Renyaikan ke atas bun yang telah masak. Alihkan bun kepada rak dawai untuknya menyejuk. Sajikan bila suam.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.