Roti Jala

Roti Jala adalah snek popular yang biasanya dihidangkan dengan kari. Roti Jala ini sering ditemui di pasar malam, tetapi hari ini kami akan menunjukkan bagaimana anda boleh menyediakannya di rumah. Dengan resepi Roti Jala ini, digabung dengan teknik dan perkakas yang sesuai, anda boleh menyediakan Roti Jala yang segar lagi lazat bila-bila sahaja. Asalkan anda dah biasa dengan ramuannya, anda bebas untuk mengubahsuaikannya mengikut cita rasa anda. Teruskan membaca dan bersedia untuk mengkagumkan rakan dan keluarga anda!

Roti Jala memang sedap namanya dalam Bahasa Inggeris – ‘lace crepe/pancake’, yang seiras dengan tekstur dan rupa crepe/pancake yang halus. Ia juga dikenali sebagai ‘net pancake’ di mana perkataan ‘net’ bermaksud jala. Bahagian adunan resepi Roti Jala ini hampir sama dengan crepe, kecuali santan yang menggantikan susu. Bahagian yang paling mencabar semasa menyediakan Roti Jala ini adalah bahawa jala perlu dihasilkan dengan pantas untuk mengelakkannya dari hangus.

Biasanya warna kuning Roti Jala datang dari pewarna kuning tiruan. Jika bernasib baik, jumpalah lagi gerai yang masih menggunakan cara tradisional di mana serbuk kunyit digunakan. Resepi Roti Jala kami menggunakan serbuk kunyit agar ianya lebih sihat (kunyit mempunyai pelbagai manfaat seperti mengurangkan kolesterol, meringankan bengkak dan lain-lain lagi) dan harum dengan aroma kunyit yang ringan). Roti Jala biasanya dihidangkan bersama kari, seperti kari ayam yang paling popular, diikuti dengan daging lembu atau kambing. Akan tetapi, anda boleh menikmatinya dengan kari kegemaran anda yang lain, seperti kari ikan atau sayur.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20-30 minit
Sajian untuk: 2-3

Bahan-bahan

50 mlsantan pekat
300 mlair
150 gtepung biasa
½ - 1 sudu tehserbuk kunyit
1 sudu besarminyak masak + selebihnya untuk menggoreng
1 bijitelur QL Deli Fresh atau QL Omega

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan santan, air, tepung, minyak masak dan serbuk kunyit dengan mesin pengisar sehingga licin dan sebati. (Jika anda tidak mempunyai mesin pengisar, anda juga boleh menggunakan pemukul dawai tetapi pastikan adunan dipukul hingga sebati sepenuhnya)
  2. Tapis adunan tersebut ke dalam jag melalui penapis yang halus. Adunan ini sepatutnya senang ditapis. Langkah ini penting bagi meggelakkan botol picit (atau acuan Roti Jala) dari tersumbat nanti.
  3. Tuangkan adunan yang telah ditapis ke dalam botol picit dengan muncung yang kecil.
  4. Panaskan ½ sudu besar minyak masak di kuali tanpa lekat atas api yang rendah. Gunalah tuala kertas untuk membuang minyak berlebihan agar crepe tak akan senang hangus.
  5. Dengan secepat yang boleh, picitkan botol dengan satu belah tangan untuk menghasilkan hirisan seperti jaring di atas kuali.
  6. Biarkan crepe masak seketika selama 1 – 2 minit. Berjaga-jaga, jangan biarkan bahagian bawah crepe menjadi perang atau hangus supaya ia tidak mudah putus bila dilipat. Pindahkan crepe yang masak kepada piring yang besar, dan biarkan sejuk.
  7. Ulangi langkah ini dengan baki adunan dan timbunkan crepe yang masak di atat piring. Jika adunan terlalu pekat dan susah dipicit dari botol, cairkannya sedikit dengan menambah satu persatu sudu teh air. If the batter is too thick to flow out from the spout bottle, adjust the consistency by adding water one teaspoon at a time.
  8. Lipatkan crepe atau gulungkannya seperti popiah. Anda boleh melakukan langkah ini bila menunggu crepe seterusnya sedang memasak di kuali. Berhati-hati kerana crepe sememangnya senang hangus.
  9. Hidangkan dengan kari kegemaran anda: ayam, daging lembu atau kambing!

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

About the author