Cheese Tart Hokkaido QL

Cheese tart ini tentu akan memuaskan anda dengan rasanya yang berkrim dan kaya, serta larut dalam mulut, diiringi dengan kulit tart yang memadani setiap mulut.

Cubalah membuat Cheese Tart Hokkaido QL Kitchen homemade kami, semestinya cara yang baik untuk menambat hati keluarga dan rakan tak kira bila-bila jua.

 

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 3 - 4

Bahan-bahan

Pastri:
160 gtepung biasa
35 ggula aising
10 gbadam kisar
⅛ sudu tehgaram
90 gmentega, dipotong kiub
2 bijikuning telur QL Omega
Inti Cheese:
150 gcream cheese
70 gmascarpone cheese
40 gmentega dengan garam
70 gkrim
20 gsusu sejat
40 ggula
1 bijitelur QL Omega
10 gtepung jagung
2 sudu besarjus lemon
Secubit garam
Egg Wash:
1 sudu tehsusu
1 bijikuning telur QL Omega

Langkah Penyediaan

  1. Gabungkan tepung, gula aising, serbuk badam dan garam di dalam mangkuk
  2. Tambahkan mentega sejuk dan gosokkan dengan jari sehingga serpihan seperti breadcrumbs terbentuk.
  3. Tambahkan kuning telur QL Omega dan adunkan sehingga adunan terbentuk. Balutkan adunan dengan clingwrap dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
  4. Ambilkan sedikit adunan dan tekankan ke atas acuan tart. Tebukkan lubang pada dasar pastry dengan garpu. Ulangi sehingga semua adunan digunakan.
  5. Bakar pada 160°C selama 10 minit.
  6. Untuk menyediakan inti, cairkan cream cheese, mascarpone cheese, mentega, krim, susu sejat dan gula di atas double boiler.
  7. Pukulkan sehingga campuran licin sebati.
  8. Tambahkan masuk telur QL Omega, tepung jagung, jus lemon dan garam.
  9. Masukkan campuran ke dalam beg paip dan paipkan campuran cheese ke dalam cawan tart. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  10. Beruskan permukaan tart cheese dengan campuran egg wash.
  11. Bakar pada 220°C, dengan setting ketuhar pada memanggang dari atas selama 6 – 8 minit.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author