Kek Bundt Coklat & Espresso

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 45 minit
Menghasilkan: 1 kek bundt besar atau 3 kek bundt mini

Bahan-bahan

380 gtepung, diayak
265 ggula
110 ggula perang
2 sudu besarserbuk penaik
3 biji telur QL Omega, pada tahap suhu bilik
170 gmentega tanpa garam, disejukkan
200 gkrim masam (sour cream)
1 cawansusu
¼ cawanespresso kuat
Untuk Ganache Espresso:
250 gcoklat gelap
1 cawankrim
1 sudu tehespresso
Kacang pistachio tumbuk, untuk menghias
Serbuk espresso, untuk menghias

Langkah Penyediaan

  1. Tambahkan mentega, gula, gula perang dan serbuk penaik dalam satu mangkuk. Gaul sebati sehingga pucat dan licin.
  2. Tambahkan telur QL Omega satu persatu sehingga campuran licin.
  3. Masukkan krim masam, susu dan espresso. Kemudian, tambahkan tepung secara beransuran sehingga sebati.
  4. Sapukan mentega dan taburkan sedikit tepung atas dulang bundt. Tuangkan campuran kek ke dalamnya.
  5. Untuk menghasilkan corak pusaran di dalam kek, tambahkan 1/8 campuran adunan dan masukkan 2 sudu besar ganache di sekelilingnya. Gunakan lidi untuk hasilkan corak pusaran dan tuangkan masuk campuran.
  6. Ulangi langkah 5 untuk dua kali.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 175⁰C untuk 40 hingga 45 minit.
  8. Setelah siap, kelurkan kek dan tunggu selama 10 minit sebelum membalikkannya ke atas rak dawai untuk menyejuk.
  9. Untuk ganache espresso, panaskan krim di dalam ketuhar gelombang, dan tambahkan coklat gelap dan espresso. Gaul sehingga sebati. Ketepikan seketika dan biarkannya menyejuk.
  10. Tuangkan ganache espresso ke atas kek dan hiaskan dengan pistachio dan serbuk espresso.

 

Petua QL Chef :

Untuk krim masam (sour cream):

240 g krim + 2 sudu teh cuka + 60 g susu

Masukkan semua ramuan ke dalam botol gelas. Goncang sebati sebelum menanggalkan penutupnya dan tutupkannya dengan kertas tuala.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author