Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 20 tart mini
Bahan-bahan
6 biji | Bebola Udang Karang MUSHROOM, berbentuk bunga | |
---|---|---|
3 batang | Filamen Crabstick MUSHROOM, dihiris nipis | |
250 g | cream cheese, dilembutkan | |
6 sudu besar | sos pasta | |
1 batang | cili merah, benih dibuang dan dipotong dadu | |
1 batang | timun kyuri, dihiris nipis | |
Garam dan lada secukup rasa | ||
Chervil, sebagai hiasan | ||
Kerak (Shell) Tart Mini Savori: | ||
190 g | tepung | |
128 g | mentega tanpa garam | |
Secubit garam | ||
4 sudu besar | air sejuk |
Langkah Penyediaan
- Dalam mesin memproses makanan, pukul tepung, mentega dan garam pada setting nadi sehingga doh dibentuk.
- Di atas permukaan yang ditaburkan dengan tepung, ratakan doh kepada 2 inci kemudian bungkuskan dengan clingfilm dan sejukkan supaya ia keras sedikit.
- Gulingkan doh kepada ketebalan ½ cm dan potong kepada 20 bulatan untuk dimasukkan dalam dulang tart. Cucuk beberapa lubang kecil sebelum membakar dalam ketuhar pada suhu 180°C untuk 10 minit. Ketepikan untuk menyejuk.
- Hiris Bebola Udang Karang MUSHROOM kepada 4 bulatan dan dengan menggunakan pemotong berbentuk bunga, potong kepada berbentuk bunga.
- Dalam satu mangkuk, tambahkan cream cheese, cili, sos pasta, garam dan lada. Gaul sehingga cream cheese berwarna merah jambu dan sudah dilembutkan.
- Letakkan dalam beg pipping dengan muncung rosette atau mana-mana muncung pilihan anda. Paipkan pada tart agak-agaknya 3 cm tinggi.
- Hiaskan dengan sekeping timun, Bebola Udang Karang MUSHROOM, 2 keping Filamen Crabstick MUSHROOM dan diikuti dengan chervil.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.