Roll Rangup Aneka Rasa

Roll Seaweed Rangup

Snek seaweed rangup ini memang senang ketagih! Pastikan anda membuat lebih banyak, tentunya tak terhenti-henti! Simpankannya di dalam bekas kedap udara dengan serta-merta sejurus selepas ianya menyejuk untuk memelihara kerangupannya yang segar.

Roll Rangup Bergula

Lapisan-lapisan kulit popiah digunakan untuk membentuk gulungan bagi menghasilkan snek rangup yang ringan dijamu ini. Selepas menggoreng, keringkannya dengan kertas paper towel untuk menbuangkan minyak yang berlebihan dan biarkannya menyejuk sedikit sebelum menaburkan gula. Simpankannya di dalam bekas kedap udara setelah ianya sedia.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 - 15 minit
Menghasilkan: 2 bekas kecil

Bahan-bahan

Roll seaweed rangup
10 helaiKulit Popiah Figo
10 helaiseaweed kering
1 bijitelur putih QL Deli Fresh, dipukul ringan
Roll Rangup Bergula
10 helaiKulit Popiah Figo
1 bijitelur putih QL Deli Fresh, dipukul ringan
Gula kastor

Langkah Penyediaan

  1. Roll seaweed rangup: Letakkan sehelai seaweed di atas sehelai Kulit Popiah Figo. Dari satu sisi, gulingkan seaweed dan kulit popiah bersama. Lekatkan sisi dengan memberus sedikit putih telur QL Deli Fresh dan tekan dengan ringan pada pinggirnya. Ulangi dengan baki helaian kulit popiah dan seaweed.
  2. Dengan menggunakan sepasang gunting, guntingkan gulungan sepanjang 2 cm
  3. Gorengkan gulungan seaweed atas api sederhana sehingga ianya keemasan. Biarkannya menyejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
  4. Roll Rangup Bergula: Gulungkan sehelai Kulit Popiah Figo, dan lekatkan sisinya dengan memberus sedikit putih telur QL Deli Fresh Fresh dan tekan dengan ringan pada pinggirnya. Ulangi dengan baki helaian kulit popiah.
  5. Dengan menggunakan sepasang gunting, guntingkan gulungan sepanjang 2 cm.
  6. Gorengkan gulungan atas api sederhana sehingga ianya keemasan. Biarkannya menyejuk sedikit dan lambungkannya dengan ringan bersama gula kastor. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author