Kerabu Makanan Laut

Resipi kerabu makanan laut, atau salad makanan laut adalah salad yang menyegarkan dengan keseimbangan rasa tropical yang enak – pedas, manis dan masam!

Resipi yang enak ini begitu mudah untuk disediakan dan semestinya memuaskan!

 

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 5 minit
Sajian untuk: 4 - 5

Bahan-bahan

400 gmangga hijau muda
200 gudang
3 sudu besarsos ikan
3 sudu besargula
2 sudu besarjus limau
2 batangcili padi, dihiris
3 bijibawang merah kecil, dihiris nipis
10 ketulSashimi Snow Crab Stick MUSHROOM
2 sudu besarudang kering, dicincang
3 sudu besarkacang panggang, ditumbuk ringan

Langkah Penyediaan

  1. Parutkan mangga yang telah dibuang kulit, dengan perkakas shredder hingga halus. Alternatifnya, anda boleh memegang mangga dengan satu tangan dan dengan pisau yang tajam dalam tangan lagi satu, hiriskan secara menegak sambil memgang hirisan dengan erat. Selepas itu, hiriskan secara mendatar untuk hirisan yang halus. Ulangi dengan sebelah satu lagi. Letakkan di dalam mangkuk dan simpan di dalam peti sejuk.
  2. Buangkan kulit dan sisa udang, dan simpankan ekor udang. Rebuskan sehingga mencukupi sahaja, keluarkan dan rendamkan di dalam air sejuk.
  3. Campurkan sos ikan, gula, jus limau dan cili padi. Masukkan bawang merah dan gaul sebati.
  4. Keluarkan mangga dari peti sejuk: tambahkan udang, Sashimi Snow Crab Stick MUSHROOM dan udang kering.
  5. Tuangkan masuk sos dan lambung hingga sebati. Taburkan dengan kacang panggang.
  6. Sajikan sejuk.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author