Tandoori Wrap Ayam

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

500 gdaging fillet ayam, dihiris
2 sudu besaryogurt biasa
2 sudu tehhalia, dicincang
2 sudu tehbawang putih, dihancur
2 sudu besarminyak sayuran
1½ sudu tehserbuk jintan putih
1½ sudu tehgaram masala
3 sudu tehpaprika
1 sudu besarjus lemon
3 titik pewarna makanan merah
Garam secukup rasa
¼ cawannenas, dipotong
½ batangtimun, dihiris nipis
½ batanglobak merah, dihiris nipis
1 bijibawang merah, dihiris nipis
4 kepingRoti Pratha Figo
1 bijilimau, dipotong baji
Sos Yogurt:
½ cawanyogurt

Langkah Penyediaan

  1. Di dalam mangkuk, gabungkan yogurt, halia, bawang putih, minyak sayuran, serbuk jintan putih, garam masala, paprika, jus lemon, garam dan pewarna makanan merah. Gaul sebati.
  2. Tambahkan masuk ayam dan gaul sebati. Pastikan setiap keping disalut dengan bahan perapan.
  3. Ketepikan dan biarkannya memerap selama 2 jam. Panaskan ketuhar pada 180°C.
  4. Panggang di dalam ketuhar selama 15 minit.
  5. Di dalam kuali, gorengkan Roti Pratha Figo.
  6. Sajikan ayam tandoori dengan Roti Phrata Figo, timun, lobak merah, bawang merah, sos yogurt dan limau.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author