Kek Bahulu Ros

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 3 kek besar

Bahan-bahan

5 bijitelur QL Omega, sejuk
150 ggula kastor
⅛ sudu tehgaram
170 gtepung biasa, diayak
3 sudu besarair soda
1.5 sudu tehpewarna ros

Langkah Penyediaan

  1. Letakkan gula kastor di atas dulang membakar, panaskan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180⁰C selama beberapa minit.
  2. Masukkan telur QL Omega dan garam ke dalam mesin pemukul. Pukul hingga gebu.
  3. Tambahkan gula panas dengan beransuran dan teruskan memukul sehingga pucat dan pekat.
  4. Tuangkan masuk air soda dan tepung kepada campuran telur. Lipatkan dengan perlahan untuknya sebati.
  5. Dengan mangkuk yang lain, asingkan 1 cawan campuran telur dan tambahkan pewarna ros. Gaul sebati.
  6. Minyakkan acuan kek bahulu dan panaskannya di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 200⁰C selama 5 minit.
  7. Keluarkan acuan bahulu yang panas, alaskan bahagian dasar dengan campuran telur biasa, kemuduan dengan campuran telur merah. Hasilkan corak pusaran dengan batang kayu.
  8. Tuangkan lagi campuran telur biasa ke atas untuk lapisan terakhir dan sedikit campuran telur merah untuk menciptakan pusaran.
  9. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180⁰C (tanpa kipas) selama 15 minit atau sehingga perang keemasan.
  10. Keluarkan dari acuan setelah ia menyejuk.

 

Petua QL Chef:

  • Anda boleh menukarkan format kek besar kepada bahulu kecil dengan menggunakn acuan bahulu yang berlainan.
  • Untuk kek bahulu rangup, anda boleh membakar di dalam ketuhar selama 5 mini sebelum mengeluarkannya dari acuan.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author