Cheesecake Coklat Rebus

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 55 minit
Menghasilkan: 1 kek besar

Bahan-bahan

Ramuan A:
250 gcream cheese, dilembutkan
50 ggula kastor
1 bijitelur QL Omega
1 sudu besarair
1 sudu besartepung
Ramuan B:
2 bijitelur QL Omega
200 ggula
1 sudu tehesen vanila
125 mlair panas
125 mlsusu
125 mlminyak sayuran
125 gtepung, diayak
4 sudu besarserbuk koko, diayak
1 sudu tehsoda bikarbonat
½ sudu tehserbuk penaik
Secubit garam

Langkah Penyediaan

  1. Mulakan dengan Ramuan A. Tambahkan cream cheese dan gula di dalam mangkuk dan pukul hingga licin sebati.
  2. Kemudian, tambahkan telur QL Omega, air dan tepung. Pukulkan hingga licin dan biarkannya rehat.
  3. Seterusnya, kita menyediakan Ramuan B pula. Tambahkan telur QL Omega dan gula di dalam mangkuk dan pukul hingga gebu. Kemudian, tambahkan esen vanila dan garam, dan pukul sebati.
  4. Tuangkan masuk air panas, susu dan minyak sayuran, pukul dengan perlahan.
  5. Gaulkan masuk tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Lipatkan campuran bersama sehingga sebati.
  6. Di dalam tin kek 8x8x3 inci, minyakkan dan alaskan dengan kertas parchment. Pada masa yang sama, balutkan bahagian dasar di luar dengan aluminium foil.
  7. Tuangkan separuh campuran koko dan tutupkan tin kek dengan aluminium foil. Rebus selama 20 minit.
  8. Setelah lapisan bawah direbus, keluarkan dari steamer dan tuangkan masuk semua campuran cream cheese di atasnya. Tutupkan semula dengan aluminium foil dan rebus selama 15 minit lagi.
  9. Lepas itu, tuangkan baki campuran koko di atasnya. Tutupkan balik dengan aluminium foil dan rebus selama 20 minit lagi.
  10. Keluarkan dari steamber, biarkannya menyejuk dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum memotong.

 

Petua QL Chef:

  • Lebih elok jika disejukkan di dalam peti sejuk semalaman.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author