Sosej Roll Ayam dengan Madu Mustard

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 - 25 minit
Menghasilkan: 20 biji

Bahan-bahan

300 gayam kisar
50 globak merah, dicincang halus
50 gbiji jagung
1 bijitelur QL Omega
2 sudu tehEnglish mustard
2 sudu tehmadu
1 ulas bawang putih, diparut
½ sudu tehgaram
Secubit lada hitam
1 bijitelur QL Omega, dipukul dan untuk diberus di atas roll
2 sudu besarbiji bijan, untuk ditabur di atas roll
10pastri puff beku (40g setiap helai)
Glaze:
2 sudu besarEnglish mustard
2 sudu besarmadu

Langkah Penyediaan

  1. Dalam mangkuk yang kecil, sediakan glaze dengan mencampurkan madu dan mustard English. Ketepikan seketika.
  2. Dalam mangkuk yang berlainan, perapkan ayam kisar dengan lobak merah, jagung, mustard English, madu, parutan bawang putih, telur, garam dan lada. Gaul sebati dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 40 minit.
  3. Panaskan ketuhar kepada 200°C. Atas permukaan yang ditepungkan sedikit, potongkan pastri setengah mengikut belah yang panjang dan sapukan campuran madu mustard pada tengah pastri.
  4. Letakkan satu sudu besar ayam yang diperap di tengah pastri. Beruskan sisi dengan telur yang telah dipukul dan gulungkannya. Pastikan bahagian yang bertindih berada di bawah.
  5. Letakkan sosej roll di atas tin membakar yang telah dialaskan dengan kertas parchment. Beruskan permukaan roll dengan telur dan taburkan bijan ke atasnya.
  6. Bakar selama 20-25 minit, atau sehingga keemasan dan masak sepenuhnya.

 

Petua QL Chef:

  • Sebelum mengisi sosej roll, gorengkan sesudu campuran ayam kisar di dalam kuali selama 1-2 minit. Rasai dan ubahsuaikan perisa jikalau perlu.
  • Sediakan sosej roll terdahulu dengan membekukannya di atas tin membakar yang dialas dengan kertas parchment sehingga beku. Kemudian, masukkan mereka ke dalam beg zip lock atau bekas yang sesuai untuk membeku dan simpan sehingga 1 bulan. Bakarkan sosej roll beku dengan menambahkan 5-10 minit masa membakar.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author