Popia Cina Snow Crab

Popia, atau spring roll memang dah cukup lazat versi asalnya. Di sini, kami melazatkan lagi resepi popia ini dengan menambahkan snow crab stick MUSHROOM yang enak.

Masa penyediaan: 25 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 10 popiah

Bahan-bahan

Inti:
1 bijisengkuang bersaiz sederhana
3 sudu besarminyak
20 gbawang putih, dicincang
3 bijibawang merah kecil, dihiris
2 sudu besarudang kering, dicincang
2 sudu besarkicap cair
1 sudu besarminyak bijan
1 sudu tehgula
½ sudu tehgaram
400 mlair
Segenggam hirisan sotong kering
Ramuan lain:
3 bijitelur QL Omega
1 sudu besarminyak
10 ketulSnow Crab Stick MUSHROOM
1 ketultauhu tegar, digoreng dan dihiris nipis
1 batangtimun Jepun, dihiris nipis
10 helaiPastri Spring Roll Figo
1 sudu besartepung (+1 sudu besar air)
500 mlminyak

Langkah Penyediaan

  1. Buangkan kulit sengkuang dan hiriskan dengan nipis. Biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga harum.
  3. Tambahkan masuk sengkuang, hirisan sotong kering, kicap cair, minyak bijan, gula, garam dan air.
  4. Masak selama 15 minit sehingga sengkuang lembut dan mengering. Ketepikan bila siap.
  5. Pukulkan telur QL Omega di dalam mangkuk.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali dan tuangkan masuk telur. Goreng sehingga telur masak sepenuhnya.
  7. Hiriskan telur dengan nipis dan ketepikan.
  8. Untuk memasang, letakkan sehelai Pastri Spring Roll Figo di atas pinggan. Letakkan 1 sudu besar sengkuang ke atas pastri dan tambahkan 1 keping Snow Crab Stick MUSHROOM ke atasnya, bersama sedikit hirisan telur, hirisan tauhu dan timun.
  9. Lipatkan kedua-dua pinggir kulit popia dan balutkan dengan ketat, dengan menggunakan campuran air dan tepung untuk melekatkan pinggir lipatan.
  10. Ulangi dengan baki ramuan.
  11. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga popia perang keemasan. Hidangkan dengan serta-merta.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author