Perayaan Hari Raya takkan lengkap dengan biskut cornflakes yang enak ini. Versi kami bagi biskut yang popular ini ditambahkan dengan zest oren segar untuk rasa citrus yang menyegarkan dan serpihan badam untuk kerangupan tambahan. Kami juga telah menambahkan kismis, tetapi jika anda tidak menggemari kismis, tukarkanlah dengan cip coklat yang sedap!
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 18-22 cookies
Bahan-bahan
100 g | mentega |
---|---|
70 g | gula |
1 biji | kuning telur QL Omega |
120 g | tepung biasa |
60 g | kismis |
10 g | zest oren |
30 g | serpihan badam |
100 g | cornflakes |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar pada 150⁰C.
- Krimkan mentega dan gula sehingga gebu dan tambahkan kuning telur QL Omega.
- Kemudian, tambahkan masuk tepung biasa dan gaul sebati.
- Kacaukan masuk zest oren, serpihan badam dan kismis. Biarkan adunan rehat selama 10 minit.
- Sudukan adunan dan salut dengan cornflakes hancur dan gulungkannya.
- Letakkan biskut ke atas tin biskut dan bakar selama 20 minit pada 150⁰C.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.