Masa penyediaan: 45 minit
Masa memasak: 40 minit
Menghasilkan: lebih kurang 30 ketul
Bahan-bahan
Inti Nenas: | ||
---|---|---|
600 g | isi nenas (dari 1 biji nenas besar yang masak) | |
300 g | isi buah kundur | |
145 g | gula | |
35 g | maltosa atau cecair glucosa | |
Shortcake: | ||
225 g | mentega dengan garam | |
105 g | gula aising, diayak | |
1 biji | QL Omega egg (besar), dipukul | |
330 g | tepung biasa | |
45 g | tepung jagung |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan inti nenas, potong nenas kepada ketulan kecil. Kisar di dalam mesin pengisar sehingga halus. Masukkannya ke dalam periuk bersaiz sederhana.
- Potong buah kundur kepada ketulan kecil. Kisar di dalam mesin pengisar sehingga halus, tapis dan buangkan jusnya dan tambahkan bakinya yang pejal bersama nenas.
- Masakkan nenas bersama buah kundur hingga separa kering, sambil mengacaunya dengan kerap.
- Tambahkan gula dan gula maltose dan masak sehingga jem melekit dan keemasan. Biarkannya menyejuk.
- Bentukkan bebola yang beratnya 12g setiap satu.
- Untuk menyediakan pastri shortcake, krimkan bersama mentega dan gula aising.
- Tambahkan telur dan pukul hingga sebati.
- Ayakkan tepung biasa dan tepung jagung bersama, kemudian lipatkan ke dalam campuran mentega.
- Bahagikan adunan kepada ketulan 24g dan bentukkannya seperti bebola.
- Balutkan inti nenas dengan adunan. Tekankan pastri ke dalam acuan shortcake nenas 3.6cm x 4.7cm (acuan segi empat atau acuan saiz lain boleh diguna, ubahsuaikan quantity inti dan adunan dengan berpatutan).
- Letakkan pastri di dalam acuannya ke atas tin biskut yang tidak beralas (jangan gunakan kertas parchment untuk mengalas tin biskut kerana kertas boleh berkedut dan menyebabkan adunan lembut bila dibakar). Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160°C selama 20 minit, masanya terpulang kepada warna permukaan bawah pastri.
- Setelah warna keemasan yang dihendaki telah diperolehi pada permukaan bawah, terbalikkan shortcake nenas dan bakar selama 5 minit lagi, atau sehingga warna keemasan yang dihendaki diperolehi.
- Biarkan shortcake nenas sejuk sebentar sebelum menanggalkan acuannya.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.