Kek Marble

Kenangkanlah memori dari zaman kanak-kanak anda dengan resepi Kek Marble ini.

Kek mentega adalah teman sejati semasa sesi teh tengahari. Kebanyakan kita mempunyai kenangan manis semasa kecil, mencelup sekeping kek mentega ke dalam minuman coklat kegemaran kita ataupun teh. Tekstur kek yang kaya dengan aroma mentega terpahat dalam ingatan kita, mengenangkan kita tentang kek buatan mak. Siapalah yang boleh lupakan saat kek dikeluarkan dari ketuhar, dan kita tak sabar-sabar ingin mencubanya?

Hari ini, QL Kitchen mengembalikan kenangan nostalgia anda dengan resepi kek marble lazat yang boleh disediakan dalam masa sejam. Sama dengan kebanyakan resepi kek lain, kualiti telur adalah penting. Cubalah telur QL Omega kami yang sihat, lazat dan rendah kolestrol, supaya anda boleh menikmati kek mentega ini tanpa rasa ragu-ragu.

Resepi kek marble QL Kitchen, secebis rasa di rumah, secebis rasa zaman kanak-kanak anda, seperti bagaimana mak membuatnya.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 40-45 minit
Sajian untuk: 8

Bahan-bahan

225 gmentega, dilembutkan di tahap suhu bilik
225 ggula kastor
4 bijitelur QL Omega
225 gtepung nik sendiri
6 sudu besarsusu
1 sudu tehesen vanila
2 sudu besarpenuh serbuk koko

Peringatan: Resepi kek marble ini untuk 2 kek marble segi empat yang kecil (lebih kurang 7 x 3.5 x 2.5 inci) ataupun 1 kek marble bulat yang besar (diameter 8 inci). Kami lebih suka membahagikannya kepada 2 bahagian supaya ia memerlukan masa mebakar yang lebih singkat.

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 180 C. Alaskan 2 tin kek bersegi empat yang kecil dengan kertas kek.
  2. Pukulkan mentega dengan gula sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur, sebiji demi sebiji. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan 3 sudu besar susu, sehingga sebati. Tuangkan setengah daripada campuran kek ke dalam mangkuk bersaiz medium.
  4. Campurkan serbuk koko ke dalam baki campuran di dalam mangkuk campuran.Tambahkan 3 sudu besar susu untuk melembutkan campuran. Gaul sebati.
  5. Gunakan 2 sudu berlainan untuk menceduk campuran kek coklat dan vanilla ke dalam tin kek, dengan bergilir-gilir.
  6. Gunakan batang lidi untuk gaulkannya, untuk menghasilkan corak seperti marble.
  7. Bakar selama 45-55 minit di dalam ketuhar sehingga ia masak sepenuhnya. Periksa dengan mencucuk dengan batang lidi dan ia sepatutnya kering bila masak.
  8. Pindahkan kek atas rak dawai untuk menyejuk. Tanggalkan kertas kek sebelum memotong/menyimpan. Kek ini boleh disimpan di dalam bekas kedap udara sehingga 3 hari, atas 2-3 bulan dalam peti beku.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

About the author