Masala vadai adalah snek yang terkenal di India Selatan yang diperbuat daripada rempah ratus yang enak untuk rasanya yang istimewa.
Resepi Masala Vadai Wrap ini menggabungkan tiga komponen yang enak ke dalam satu hidangan. Masala vadai perang keemasan ditambah kepada coleslaw dan direnjis dengan chutney pudina sebelum dibalut di dalam Roti Paratha Figo yang sempurna dipanggang.
Bawalah hidangan ini untuk jamuan potluck atau kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan anda sebagai sarapan atau pada tengahari.
Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 4 - 5
Bahan-bahan
5 keping | Roti Paratha Figo | |
---|---|---|
Masala Vadai: | ||
2 batang | cili kering, dibuang biji dan dibelah | |
2 sudu teh | biji adas (fennel) | |
1 sudu teh | biji ketumbar | |
½ sudu teh | lada hitam | |
1 cawan | chana dal, direndam selama 2 jam | |
2 biji | bawang merah kecil, dicincang | |
2 batang | cili hijau, dicincang | |
1 inch | halia, dicincang halus | |
15 helai | daun kari, dicincang halus | |
4 sudu besar | daun ketumbar, dicincang | |
Garam secukup rasa | ||
Minyak untuk menggoreng | ||
Chutney Pudina: | ||
2 cawan | daun ketumbar segar | |
½ cawan | daun pudina segar | |
2 sudu besar | kacang tanah | |
3 cloves | bawang putih | |
2 batang | cili hijau | |
2 sudu teh | jus lemon segar | |
2-3 sudu besar | air | |
1 sudu teh | biji jintan putih | |
¼ sudu teh | gula | |
Secubit lada | ||
Garam secukup rasa | ||
Coleslaw: | ||
½ batang | lobak merah | |
¼ biji | kubis putih | |
¼ biji | kubis ungu | |
2 sudu besar | mayonis |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan masala vadai, kisarkan cili kering, biji adas, biji ketumbar dan lada hitam secara kasar.
- Buangkan air sepenuhnya dari dal yang telah direndam dan masukkan bersama ke dalam mesin pengisar dengan rempah tadi. Kisarkan dengan kasar, dan tambahkan 1 – 2 sudu besar air jika terlalu kering. Alihkan ke dalam mangkuk bila siap.
- Tambahkan bawang merah, cili hijau, halia, daun kari, daun ketumbar dan garam, gaul sebati.
- Bentukkan campuran ke dalam bebola bersaiz sederhana dan leperkan untuk membentuk vadai.
- Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam periuk.
- Letakkan vadai dengan cermat ke dalam minyak panas, dan jangan sehingga terlalu sesak.
- Gorengkan vadai untuk beberapa minit dan terbalikkan dengan sudu untuk menggoreng sebelah lain sehingga keemasan dan rangup. Keluarkan dan biarkannya mengering.
- Untuk menyediakan chutney pudina, kisarkan semua ramuan bersama sehingga tekstur yang diingini dicapai. Biarkannya sehingga sedia untuk guna nanti.
- Untuk menyediakan coleslaw, hiriskan semua sayuran dan gabungkan dengan mayonis. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk guna.
- Untuk memasang wrap, panggangkan Roti Paratha Figo mengikut langkah penyediaannya.
- Balutkan coleslaw, vadai dan renjiskan chutney pudina di dalam Roti Paratha Figo. Nikmatilah.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.