Tart Nenas

Tart nenas yang sedia larut dalam mulut anda ini, biskut yang sempurna untuk Tahun Baru Cina! Ini sememangnya biskut perayaan kegemaran di kalangan rakyat Malaysia, terutama sekali maksud namanya bagi rakan Cina kami, di mana ia berbunyi “ong lai” dalam bahasa Hokkien, yang mirip bunyinya dengan “kekayaan akan datang kepada anda”.

Untuk tart nenas ini, keutamaan kami adalah pada pastrinya. Anda boleh membeli inti jem nenas yang sedia terdapat di mana-mana kedai bahan kek. Jika anda lebih suka menyediakannya sendiri, kami juga telah memasukkan langkah penyediaannya di dalam resepi ini. Kami lebih menggalakkan anda membeli dari kedai, kerana penyediaan jem nenas ini memenatkan dan memerlukan masa penyediaan lebih kurang 1 hingga 1.5 jam.

Pastri yang digunakan untuk resepi tart nenas ini diperbuat dengan bahan-bahan yang asas, termasuklah tepung biasa (anda juga boleh menggunakan tepung serbaguna atau biskut), mentega, tepung susu, gula icing, kuning telur dang garam. Hasilnya adalah pastri yang ringan gebu, rapuh dan sedia larut dalam mulut anda. Tepung susu memberi pastri ini aroma susu yang halus, di mana ia gabungan yang sempurna dengan ini nenas. Resepi ini boleh digandakan dengan mudah jika anda ingin menyediakan lebih banyak tart nenas sekaligus.

Memangnya usaha tambahan diperlukan untuk membuat tart ini sendiri, tetapi hasilnya semestinya amat memuaskan! Setelah cuba sekali, tentu anda akan membuatnya untuk setiap musim perayaan!

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 28 - 30 biji biskut, bergantung kepada bentuknya

Bahan-bahan

300 ginti jem nenas (dibeli dari kedai atua dibuat sendiri)
Pastri:
100 gmentega, dipotong dadu dan dilembutkan pada tahap suhu bilik
1 bijikuning telur QL Deli Fresh
½ sudu tehesen vanila (terpulang)
15 ggula icing
Secubit garam
150 gtepung biasa atau serbaguna atau biskut
10 gtepung susu (skim atau penuh krim)
Lapisan ‘Egg wash’ (gabungkan serata):
1 bijikuning telur QL Deli Fresh
1 sudu besarsusu
Inti jem nenas:
1 bijinenas yang masak (buangkan kulit dan teras, kemudian dipotong kecil)
150 ggula halus atau castor
2bunga cengkih
2 incikayu manis, dipecahkan

Langkah Penyediaan

  1. Alaskan dulang pembakar dengan kertas parchment atau sapukan dengan mentega.
  2. Pukulkan mentega dan kuning telur dengan menggunakan pemukul elektrik sehingga ia gaul sebati.
  3. Pukulkan masuk gula, garam dan esen vanila (jika guna), gabungkan sehingga sebati.
  4. Tambahkan masuk tepung dan tepung susu, dan kacaukan campuran dengan menggunakan sudu spatula kayu atau getah.
  5. Ulikan campuran tersebut dengan tangan anda sehingga ia menjadi adunan yang tidak melekat jari. Ketepikan adunan yang siap selama 30 minit.
  6. Sementara itu, bentukkan inti jem nenas kepada bebola yang beratnya 10 g. Anda boleh menyiapkan langkah ini terlebih dahulu dan simpankannya di dalam peti sejuk jika ingin.
  7. Setelah adunan telah dibiarkan selama 30 minit, bentukkannya kepada bebola yang beratnya 10 g.
  8. Ratakan bebola adunan dengan tapak tangan anda dan letakkan sebiji bebola inti jem nenas ke atasnya.
  9. Tutupkan inti sepenuhnya dengan pastri dan gunakan jari untuk membentukkan bebola yang berbujur muncung.
  10. Dengan menggunakan sepasang gunting yang bermuncung tajam, potongkan permukaan atas pastri untuk membentuk tart berbentuk nenas.
  11. Ulang untuk baki pastri dan inti. Anda juga boleh gunakan acuan biskut tart nenas untuk membentukkan dasarnya dan tambahkan inti jem nenas ke atasnya.
  12. Beruskan lapisan ‘egg wash’ kepada tart nenas dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180 C selama 25 – 35 minit atau sehingga ianya perang keemasan.
  13. Biarkan tart yang telah masak di tepi untuknya menyejuk. Simpankanlah tart di dalam bekas yang kedap udara. Berhati-berhati bila memasukkan tart ke dalam bekas kerana pastrinya agak rapuh. Ianya boleh disimpan selama 2 – 3 minggu di dalam bekas kedap udara.
  14. Untuk menyediakan inti nenas, kisarkan nenas dengan menggunakan pengisar elektrik dan masa katas api yang rendah dengan bunga cengkih dan kayu manis. Gaul dan kacau dari semasa ke semasa, sehingga campuran memekat dan cecairnya mengering. Tambahkan gula dan kacau sehingga ia larut sepenuhnya dan sebati dengan campuran nenas. Sendukkan dari kuali dan biarkannya menyejuk.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author