Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 45 minit
Menghasilkan: 1 kek
Bahan-bahan
227 g | mentega tanpa garam, tambahan untuk menyapu acuan kek | |
---|---|---|
150 g | gula | |
2 biji | telur QL Omega | |
½ sudu teh | garam | |
1 sudu teh | esen vanila | |
2½ sudu teh | parutan kulit oren (dari dua biji oren) | |
250 g | tepung gandum, tambahan untuk menyalut acuan kek | |
1½ sudu teh | serbuk penaik | |
¼ | serbuk penaik soda | |
250 g | yogurt semulajadi (tanpa gula) | |
100 g | kranberi kering | |
Inti: | ||
75 g | cip coklat separa manis | |
50 g | walnuts, dicincang | |
1½ sudu teh | gula | |
¼ sudu teh | serbuk kayu manis | |
Glaze: | ||
100 g | gula aising, diayak | |
4 – 6 sudu teh | susu | |
Hiasan: | ||
Kranberi yang segar, walnuts dan daun pudina |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada suhu 170°C.
- Sapukan kek pan 9-inci dengan mentega tanpa garam and taburkan sedikit tepung.
- Campurkan semua bahan inti dan ketepikan.
- Pukulkan mentega dan gula bersama sehingga gebu.
- Tambahkan telur QL Omega satu demi satu, dan pukul hingga sebati di antaranya. Masukkan garam, esen vanila dan parutan kulit oren.
- Ayakkan tepung, serbuk penaik dan serbuk penaik soda bersama. Masukkan ke dalam adunan mentega berselang dengan yogurt. Masukkan kranberi.
- Tuangkan separuh aduan ke dalam kek pan, taburkan inti ke atas adunan. Tuangkan baki adunan ke atas inti.
- Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak.
- Biarkan kek sejuk untuk 5 minit sebelum membalikkan kek di atas rak dawai.
- Campurkan semua bahan glaze dan menggerimis ke atas kek yang sudah sejuk. Hiaskan kek sebelum glaze kering.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.