Masa penyediaan: 1 jam
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 6
Bahan-bahan
Pes Biji Teratai: | ||
---|---|---|
300 g | biji teratai | |
½ sudu besar | air abu (lye) or air alkali (untuk membuang kulit biji teratai) | |
250 g | gula | |
225 g | minyak kacang atau jagung | |
2 sudu besar | maltosa | |
Air | ||
Pastri (untuk 6 biji kuih bulan): | ||
300 g | tepung biasa | |
1 sudu teh | serbuk penaik | |
30 g | serbuk kustard | |
80 g | gula aising | |
125 g | mentega dengan garam (sejuk), dipotong kiub | |
2 sudu besar | minyak sayuran | |
1 biji | telur QL Omega besar, dipukul | |
¼ sudu teh | esen vanila | |
Untuk Memasang: | ||
1 biji | telur QL Omega (untuk egg wash) | |
Segenggam biji melon |
Langkah Penyediaan
- Untuk menyediakan pes biji teratai, didihkan seperiuk air (cukup untuk merendamkan biji teratai). Tambahkan biji teratai dan air alkali dan rebus selama 5 – 10 minit (uji jika kulit boleh ditanggalkan dengan mudah).
- Buangkan air panas dan tanggalkan kulit teratai dalam air sejuk yang baru.
- Buangkan bahagian tengah biji teratai yang berwarna hijau, jika ada, dengan mencucukkan pencungkil gigi atau batang lidi melaluinya.
- Masakkan biji teratai di dalam seperiuk air yang baru hingga lembut. Biarkannya untuk menyejuk sedikit.
- Alihkan biji teratai ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga menjadi pes yang halus (tambahkan 2 – 3 sudu besar air dari rebusan biji teratai untuk memudahkan pengisaran).
- Masukkan 50g gula ke dalam kuali atau periuk dan tambahkan secukup minyak untuk menutupi gula. Masak atas api sederhana sehingga gula larut dan bertukar perang keemasan. (jangan biarkan gula menjadi terlalu perang).
- Tambahkan pes biji teratai mentah, baki gula dan minyak. Masak sambil mengacau dengan kerap sehingga campuran pekat dan tegar.
- Tambahkan maltosa dan masak seketika lagi sehingga pes tidak lagi melekit. Biarkannya menyejuk.
- Untuk menyediakan pastri, ayakkan bersama empat ramuan pertama.
- Adunkan masuk mentega dan minyak (ini paling mudah dengan memukul dengan setting berdenyut di dalam mesin pengisar)
- Tuangkan campuran di dalam mangkuk dan campurkan masuk telur dan vanila. Jangan mengacau terlalu banyak. Biarkan adunan rehat selama 20 minit.
- Bentukkan pes teratai kepada bebola seberat 95g setiap satu.
- Bentukkan adunan pastri kepada bebola seberat 100g setiap satu.
- Gulingkan adunan pastri di antara 2 helai plastik. Balutkan pes teratai dengan adunan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170°C selama 10 minit. Beruskan egg wash ke atas permukaan kuih bulan dan hiasi dengan biji melon.
- Teruskan membakar selama 20 minit lagi atau sehingga pastri keemasan.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.