Durian, raja buah-buahan kini kembali untuk menawan hati kita semua! Dan, tiada lagi cara yang lebih baik untuk menikmatinya dari dengan aiskrim durian.
Cawan parfait dengan aiskrim durian dan gula melaka ini adalah cara yang terbaik untuk menikmati keenakan durian yang segar. Kombinasi kulit popiah Figo yang rangup di luar, durian yang lembut, kaya dan berkrim di dalam, tentu menawan anda.
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 12 minit
Menghasilkan: 12 cawan aiskirm durian
Bahan-bahan
9 helai | kulit popiah Figo |
---|---|
350 g | daging durian |
200 g | keju mascarpone |
150 g | whipping cream |
80 g | gula melaka |
4 sudu besar | air |
50 g | kacang tanah panggang, dihancurkan |
50 g | mentega, dicairkan |
Langkah Penyediaan
- Potongkan kulit popiah Figo kepada 4 suku dan ketepikan. Ambilkan sehelai dan beruskan sedikit mentega ke atasnya. Lapiskan dengan sehelai lagi di atasnya dan berus dengan mentega lagi. Ulangi sebanyak 3 kali.
- Letakkan kulit popiah Figo ke atas dulang muffin dan tekankan dengan lembut
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160 ˚C selama 12 minit atau sehingga rangup.
- Kopekkan daging durian dari bijinya dan letakkan ke dalam mangkuk. Tambahkan keju mascarpone dan krimkan campuran sehingga ringan dan gebu. Simpankan di dalam peti sejuk.
- Pukulkan krim sehingga tegar dan simpan di dalam peti sejuk.
- Cairkan gula melaka dan air di dalam ketuhar gelombang selama 2 minit. Gaul sebati dan tapiskan jika perlu.
- Untuk memasang parfait, ambilkan cawan popiah Gigo, letakkan sesudu durian keju ke dalamnya dan tambahkan krim ke atasnya.
- Tuangkan sedikit gula melaka ke atasnya dan taburkan sedikit kacang di atasnya. Sajikan sejuk.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.