Crab Stick Rangup ‘Hot & Spicy’

Jika anda sedang mencari snek yang mudah dan pantas bagi keluarga anda, kami ada resepi yang sempurna bagi anda!

Crab Stick Rangup ‘Hot & Spicy’ menggunakan Filamen Berperisa Ketam Goreng (Fried Crab Sticks) MUSHROOM dan ramuan asas lain yang mudah didapati dari kedai berdekatan anda. Snek savori ini sememangnya digemari ramai dengan rasanya yang enak dan tekstur yang rangupnya. Semestinya ia akan membuat anda tak terhenti-henti.

 

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 8 minit
Menghasilkan: 1 tin/bekas

Bahan-bahan

60 gFilamen Berperisa Ketam (Fried Crab Sticks) MUSHROOM, dinyahbeku
20 gikan bilis
40 gkacang tanah
35 gbawang putih, dicincang
25 gbawang merah, dicincang
1½ sudu tehminyak masak
45 gcili giling
85 ggula
¼ sudu tehgaram
¾ sudu tehkicap cair
2 helaidaun limau purut, dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng

Langkah Penyediaan

  1. Potongkan crab stick kepada ketulan sepanjang 2 cm. Buka dan kopekkan crab stick dengan tangan menjadi hirisan nipis. Goreng sehingga keemasan dan rangup. Alihkan dari minyak, biarkannya kering untuk seketika.
  2. Basuh dan keringkan ikan bilis.
  3. Panaskan ketuhar kepada 180C dan panggangkan kacang tanah selama 10 minit atau sehingga wangi. Kemudian, panggangkan ikan bilis. Biarkan seketika di tepi.
  4. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan minyak sehingga wangi. Tambahkan cili giling dan tumiskan untuk lebih kurang seminit lagi.
  5. Tambahkan gula, garam, kicap cair dan daun limau purut kepada campuran cili dan masak sehingga gula larut sepenuhnya.
  6. Gaulkan masuk crab stick goreng MUSHROOM, ikan bilis dan kacang. Gaulkan sehingga bahan-bahan diselaputi serata dengan sos. Matikan api sejurus selepas bahan-bahan serata diselaputi.
  7. Sebarkan campuran ke atas tin biskut dan bakar pada 180C atau selama 8 minit, sehingga lapisan sos pada crab stick mengering dan rangup. Biarkannya menyejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author