Telur Awan Gebu

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 8 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

4 bijitelur QL Omega
4 sudu besarkeju cheddar
Garam dan lada secukup rasa
Parsli untuk hiasan

Langkah Penyediaan

  1. Asingkan telur QL Omega. Letakkan putih telur di dalam mangkuk yang besar dan kuning telur di dalam mangkuk yang kecil. Pastikan bahawa kuning telur tidak pecah.
  2. Di dalam mangkuk, pukulkan putih telur QL Omega sehingga puncak yang tegar terbentuk.
  3. Sudukan campuran kepada 4 timbun di atas dulang yang telah dialas dengan kertas parchment, dan bentukkan perigi di tengah setiap satu timbun.
  4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170 °C selama 4 minit. Kemudian, tambahkan 1 biji kuning telur QL Omega ke dalam setiap perigi dengan cermat. Taburkan keju cheddar ke atasnya.
  5. Perisakan dengan garam dan bakar selama 3 – 4 minit.
  6. Taburkan dengan lada dan parsli sebelum menyaji.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author