Pavlova Beri

Ringan dan bergebu seperti bulu dan rangup di sisinya, Pavlova ini anggun penampilannya, seperti sumber namanya, Anna Pavlova, penari balet Rusia yang terkenal. Dengan ringkasnya, Pavlova adalah meringue tegar yang dibakar, ditambah dengan krim dan beri segar. Berasal dari New Zealand, hidangan ini dinikmati oleh semua dari seluruh dunia.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 1 jam
Menghasilkan: kek 8 inci

Bahan-bahan

Untuk meringue:
130 gputih telur QL Omega
190 ggula kastor
6 gtepung jagung
1 sudu tehkrim tartar
Untuk topping krim:
250 mlwhipping cream
20 ggula kastor
Untuk perhiasan:
Raspberi segar
Beri hitam segar
Beri biru segar
Daun pudina

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 150C.
  2. Pukulkan putih telur QL Omega dan krim tartar di dalam mangkuk sehingga puncak lembut dicapai. Dengan perlahan, tambahkan masuk gula, dan pukulkan sehingga campuran berkilat dan puncak yang tegar dicapai.
  3. Lipatkan masuk tepung jagung yang diayak kepada putih telur QL Omega dan gaul serata.
  4. Dengan menggunakan beg paip dengan muncung bulat, paipkan meringue dalam bentuk bulat ke atas tin kek yang beralas kertas parchment. Pastikan jarak di antara setiap meringue sekurang-kurangnya 2 inci.
  5. Turunkan suhu ketuhar kepada 130C dan bakar meringue selama sejam. Setelah siap, tutupkan ketuhar dan biarkan meringue menyejuk di dalam ketuhar.
  6. Pukulkan krim dan gula sehingga puncak tegar dicapai.
  7. Letakkan sekeping cakera meringue ke atas piring dan sapukan krim.
  8. Taburkan setengah beri-beri ke atas krim dan letakkan sekeping meringue lagi di atasnya.
  9. Hiaskan dengan baki beri-beri serta daun pudina di atasnya. Sajikan serta-merta.

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

About the author