Nasi Bakar Keju Gaya Hong Kong

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

2 cawanPilihan Steamboat 6 dalam 1 MUSHROOM
1 sudu besarminyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
1 cawansayuran campur beku
1 cawanheavy cream
½ cawanstok ayam
2 cawannasi masak
Garam dan lada secukup rasa
Parutan keju mozzarella dan cheddar (untuk topping)

Langkah Penyediaan

  1. Potongkan ramuan dalam Pilihan Steamboat 6 dalam 1 MUSHROOM kepada suku.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali yang besar. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
  3. Tambahkan Pilihan Steamboat 6 dalam 1 MUSHROOM, diikuti dengan sayuran campur.
  4. Tuangkan masuk krim, gaul sebati dan tambahkan stok ayam. Biarkan mendidih.
  5. Tambahkan nasi masak, diikuti dengan garam dan lada secukup rasa. Gaul dan masak selama 2 minit atau hingga sos hampir habis diserap oleh nasi.
  6. Masukkan nasi di dalam tin kek tahan panas. Taburkan dengan parutan keju.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 220°C, atau sehingga permukaan keju perang keemasan. Sajikan dengan serta merta.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author