Kaya Gula Melaka Mudah & Pantas

Biasanya, komen mengenai kaya ini adalah bahawa ia memerlukan banyak usaha dan ia perlu sentiasa dikacau untuk mengelakkannya dari menggumpal. Resepi kaya gula Melaka ini lebih mudah dan menjimatkan masa, di mana ia siap tersedia dalam masa kurang daripada 15 minit.

Gumpalan dalam kaya biasanya terbentuk jika anda menggunakan seluruh telur. Untuk mengelakkan ini dari terjadi, kami mencadangkan penggunaan kuning telur sahaja untuk resepi kaya gula Melaka ini. Kuning telur QL Omega adalah pilihan yang sempurna untuk jem yang manis dan kaya rasanya ini, di mana ianya segar dan dihasilkan dalam keadaan yang bersih dan dikawal rapi. Paling bagusnya, ia mengandungi kolesterol 50% lebih rendah berbanding dengan telur biasa di pasaran.

Anda hanya memerlukan beberapa ramuan untuk menghasilkan kaya yang mudah dan pantas ini: kuning telur QL Omega, santan, gula Melaka, gula dan dan daun pandan. Pastikan anda memisahkan sebanyak putih telur yang boleh dari kuning telur untuk mengelakkan kaya dari menggumpal. Kami akan membimbing anda langkah demi langkah, berserta dengan gambar panduan untuk memastikan kejayaan anda.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Menghasilkan: 1 ½ cawan kaya

Bahan-bahan

40 ggula
40 gdipotong kasar
200 mlsantan pekat
4 helai daun pandan, dipotong kecil atau diikat
4 bijikuning telur QL Omega

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan santan pekat dalam kuali atas api sederhana rendah dengan gula Melaka yang telah dipotong kecil, gula dan daun pandan. Jika ada, gunakan kuali tahan panas untuk megelakkan kaya dari hangus.Serve with steamed Figo Flower Rolls or Figo Mantou/Mini Mantou. You can also spread some butter on the hot steamed rolls/mantous before spreading the kaya. The kaya is best eaten at room temperature so leave for 15 – 20 minutes after taking the jar out from the refrigerator before spreading for a softer and creamier consistency.
  2. Matikan api sejurus selepas gula larut sepenuhnya.
  3. Dalam mangkuk bersaiz sederhana, pukulkan kuning telur dengan pemukul dawai.
  4. Tuangkan setengah campuran santan dan gula kepada kuning telur dengan perlahan-lahan sambil memukulnya dengan pemukul dawai. Kemudian, tuangkan masuk baki campuran kepada kuning telur sambil memukul. Proses ini dipanggil ‘tempering’, supaya kuning masak tidak masak atau mengeras/menggumpal bila dicampur dengan cecair yang panas.
  5. Tuangkan campuran tersebut balik ke dalam kuali dan masa katas api yang sederhana. Kacaukan dengan berterusan menggunakan pemukul dawai, sehingga ia memekat sedikit.
  6. Kecilkan api dan teruskan mengacau sehingga campuran pekat dan berkrim, dan ia melekat kepada tepi kuali.
  7. Matikan api, buangkan daun pandan dan biarkan untuk menyejuk. Tuangkan kaya ke dalam balang gelas dan simpan di dalam peti sejuk. Kaya boleh tahan sehingga 10 hari dalam peti sejuk.
  8. Sajikan dengan kuih Flower Roll Figo atau kuih Mantou / Mini Mantou Figo yang telah dikukus. Anda juga boleh menyapukan sedikit mentega kepada roll / mantou yang panas sebelum menyapukan kaya. Kaya ini paling sesuai disaji pada tahap suhu bilik. Keluarkan kaya dari peti sejuk dan biarkan selama 15 – 20 minit sebelum menyapu untuk tekstur yang lembut dan berkrim.

 

Petua QL Kitchen:

  • Kombinasi kuih Flower Roll Figo atau kuih Mantou / Mini Mantou Figo bersama mentega dan kaya gula Melaka ini adalah pilihan yang baik untuk sarapan pagi, the tengah hari ataupun untuk perkelahan.
  • Untuk menyediakan kaya pandan, gantikan gula Melaka dengan 40 gram gula (jumlah 80 gram) dan tambahkan 3 sudu besar jus perahan pandan yang segar (lumatkan dengan lesung dan perahkan jus dengan tangan, atau gunakan mesin pengisar) bila memasak gula bersama santan dan daun pandan. Kaya pandan lebih cair berbanding dengan kaya gula Melaka kerana jus daun pandan, dan mempunyai warna hijua keperangan (campuran jus pandan dan kuning telur).

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author