Satay Celup

Kuah satay adalah komponen yang begitu penting bagi melengkapkan hidangan satay yang terkenal ini. Bukan itu sahaja, tekstur dan rasanya yang kaya juga sesuai sebagai sup steamboat, yang dikenali sebagai satay celup.

Anda juga bebas untuk mengubahsuai kepekatan dan kepedasan sup mengikut cita rasa kegemaran anda dengan menukar jumlah masa mereneh dan jumlah cili yang ditambah.

Untuk melazatkan lagi satay celup anda, kami mengesyorkan Pilihan Steamboat 6 dalam 1 MUSHROOM untuk resepi satay celup ini. Pastikan cukup untuk dinikmati semua!

 

Masa penyediaan: 30 - 35 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 8

Bahan-bahan

800 gkacang tanah, digoreng dan ditumbuk
16bawang merah
8 ulasbawang putih
2 batangserai, dipukul ringan
8cmlengkuas, dipukul ringan
6cmbelacan
100 gudang kering
30 kepingcili kering
8 sudu besargula perang
2 sudu besarair asam jawa
1 lair
1 sudu tehgaram, atau secukup rasa
14 sudu besarminyak
2 paketPilihan Steamboat 6 Dalam 1 MUSHROOM 500g

Langkah Penyediaan

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, belacan, udang kering dan cili kering sehingga halus.
  2. Kemudian, tumiskan bahan yang dikisar dengan lengkuas dan serai sehingga wangi.
  3. Tambahkan masuk air, diikuti dengan kacang tanah, air asam jawa, gula perang dan garam.
  4. Reneh selama 20-30 minit atau sehingga kepekatan yang diingini, dicapai.
  5. Cucukkan bahan bahan steamboat dengan pencucuk lidi, jika anda suka.
  6. Untuk menyaji, tuangkan sup ke periuk steamboat dan didihkan. Tambahkan ramuan steamboat dan biarkannya mendidih lagi.
  7. Bila masak, sendukkan dan nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author