Makanan Laut Masak Lemak Nenas

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

1 paket Pilihan Steamboat 6 Dalam 1 MUSHROOM
200 mlsantan segar
100 mlstok ayam/sayur atau air
120 gnenas segar, dipotong ketulan kecil
1 batangserai, dipukul ringan
1 incikunyit segar
1 incihalia
5 batangcili padi (tambahkan lebih jika nak pedas lagi)
4 ulasbawang putih
1 bijibawang merah bersaiz sederhana
2 helaidaun limau purut
1 keping sudu besarasam keping
3 sudu besarminyak sayur
Garam secukup rasa

Langkah Penyediaan

  1. Dalam mesin pengisar atau prosesor makanan, kisarkan bawang merah, cili padi, bawang putih, halia dan kunyit sehingga pes terbentuk.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan campuran kisar atas api sederhana selama 5 minit atau sehingga harum.
  3. Tambahkan serai, asam keping dan daun limau purut, dan teruskan memasak atas api rendah selama 5 minit lagi.
  4. Tambahkan stok ayam/sayuran atau air, diikuti dengan Pilihan Steamboat MUSHROOM 6 Dalam 1 dan reneh selama 5 minit.
  5. Kemudian, tambahkan nenas segar dan santan dan biarkannya mereneh untuk 5 minit lagi.
  6. Tambahkan perisa secukup rasa dan sajikan panas.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author