Seperti namanya, sup steamboat ini sememangnnya membuka selera dengan campuran rasa masam dan pedas, dan ianya semakin popular di kalangan restoran steamboat tempatan.
Dengan resepi ini, anda kini boleh menyediakan sup steamboat ini yang juga sesuai dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan laut dan sayur-sayuran. Mudah sahaja untuk menyediakan sup steamboat ini di rumah, dengan rasanya yang memikat hati dari daun kesom.
Empat jenis produk makanan laut MUSHROOM yang lazat belaka sesuai untuk dijamu bersama resepi sup asam pedas ini: filament berperisa ketam, gegulung ikan oborotsuki, bebola ikan dan bebola ikan salmon. Dengan begitu banyak pilihan yang lazat, semestinya tak jemu menjamunya!
Bahan-bahan
50 g | ikan bilis | |
---|---|---|
1.2 l | air | |
Untuk dikisar: | ||
4 biji | bawang merah | |
2 ulas | bawang putih | |
10 g | halia | |
10 g | kunyit segar | |
5 g | belacan | |
3 | cili merah | |
13 keping | cili merah kering | |
Ramuan lain: | ||
1 | bawang merah (dihiris nipis) | |
2 tangkal | daun kesom | |
10 g | asam jawa (campurkan dengan 3 sudu besar air) | |
1 tangkal | bunga kantan (dibelah tengah) | |
Garam | ||
Lada | ||
1/2 paket | Filamen Berperisa Ketam MUSHROOM 1kg | |
1 paket | Gegulung Ikan Oborotsuki MUSHROOM 500g | |
1 paket | Bebola Ikan MUSHROOM (S) 500g | |
1 paket | Bebola Ikan Salmon MUSHROOM 500g |
Langkah Penyediaan
- Rebuskan ikan bilis bersama air untuk sekurang-kurangnya 20 minit. Kemudian, biarkan di tepi.
- Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan tambahkan air rebusan ikan bilis. Biarkan mereneh selama 20 minit.
- Masukkan hirisan bawang, daun kesim, air asam jawa, bunga kantan dan perisakan dengan garam dan lada. Reneh selama 5 minit lagi sehingga ianya sedia untuk dihidangkan.
- Untuk menyaji, tuangkan sup ke periuk steamboat dan didihkan. Tambahkan ramuan steamboat dan biarkannya mendidih lagi.
- Bila masak, sendukkan dan nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.